Wednesday, 26 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (12)

Hubungan Nizar dengan istana (1)

Haji Mohamad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar yang paling singkat dalam sejarah kerajaan Perak. Hj. Nizar naik dalam jangkawaktu yang paling singkat, dan jatuh dalam masa yang paling singkat. Tak ramai yang mengenali Hj. Nizar sebelum dia menjadi Menteri Besar.

Dalam PRU 11, Hj. Nizar bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, Bandar Diraja, tetapi tewas. Pada tahun 2008, dia bertanding di Pasir Panjang dan menang dan seterusnya dipilih untuk menjadi Menteri Besar Perak.

Liku-liku pemerintahan Hj. Nizar di Perak penuh dengan dugaan. Dan dugaan yang paling besar bukannya datang dari Umno dan BN tetapi dari Sultan Azlan Shah. Seperti yang pernah disiarkan didalam Malaysia Today, semuanya berkaitan dengan ketamakan harta kekayaan.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/17858/84/

Umum mengetahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang kerana tiga orang ADUN yang melompat dan didalangi oleh Najib dan Umno tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa dalang sebenar disebalik kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak adalah Sultan Azlan Shah.

Dengar dulu pengakuan Hj. Nizar dan selepas ini kita akan mendedahkan  perilaku Azlan Shah terhadap Hj. Nizar.


Monday, 24 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (11)

Untuk kesekian lamanya, manusia dikuasai oleh sekumpulan elit yang bergelar Raja atau Sultan. Untuk membezakan dua kumpulan manusia yang menguasai dan dikuasai ini, maka satu terma digunakan iaitu Raja dan rakyat. Raja adalah kumpulan yang berkuasa dan rakyat menjadi kumpulan yang dikuasai.

Raja bukan dipilih oleh rakyat tetapi berkuasa kerana ilmunya. Ilmu yang diikitiraf pada masa dulu ialah ilmu-ilmu kebatinan dan ilmu ghaib. Sesiapa yang penuh dengan ilmu didada akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan ilmunya.

Maka berlakulah peperangan dan pertentangan diantara mereka yang berilmu ini, dan sesiapa yang mampu mengusai jin dan makhluk ghaib yang lain, maka dialah menjadi juara. Ganjaran daripada kemenangan ini ialah kuasa yang cukup luas untuk menguasai manusia.

Rakyat menjadi takut kepada Raja kerana kuasa yang dimiliki oleh Raja. Raja pula terus berusaha untuk memastikan dia terus berkuasa.

Maka dilantiklah beberapa orang untuk mengisi jawatan sebagai cop getah, hanya untuk mengiyakan apa yang dititahkan oleh Raja. Seorang Pawang Diraja dilantik yang kononnya untuk mengesahkan keturunan diraja. Pawang diraja juga sebenarnya bukanlah orang yang berkuasa atau tinggi ilmunya, tetapi hanyalah untuk menjadi orang suruhan diraja.

Penyimpan Mohor kemudian dilantik sebagai Menteri Penerangan dan satu "kabinet" dilantik yang diberikan gelaran Raja Bergelar. Undang-Undang Tubuh diwujudkan untuk memastikan kuasa itu tidak terlepas ketangan orang lain.

Dalam masa yang sama, "rakyat" tidak berpeluang untuk menuntut ilmu yang dipelajari oleh golongan Raja ini. Rakyat perlu dibodohkan untuk memastikan tidak ada yang berani menentang kuasa diraja.

Tetapi satu kesilapan yang dilakukan oleh Raja-Raja ialah sikap leka, berpoya-poya dan malas belajar dikalangan anak-anak mereka. Anak-anak Raja tidak perlu belajar menuntut ilmu kerana merasakan bahawa masa depan mereka akan sentiasa cerah hanya kerana mereka "anak Raja". Mereka boleh hidup dengan elaun dan pencen yang dibiayai oleh rakyat.

Inilah yang berlaku kepada Tengku Amran, Raja Ahmad Nasir, dan ramai lagi anak-anak raja di Perak. Malah keadaan ini juga sedang berlaku dibanyak negeri dimana anak-anak raja hidup dengan berpoya-poya.

Apabila British datang ke Malaya, sebahagian besar orang Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bukanlah hebat sangat. Raja Melayu hanya hebat dikalangan orang Melayu yang terus mendewakan mereka

Kuasa ghaib, kesaktian dan jin penunggu tidak mampu menewaskan British. Raja-raja Melayu yang  dianggap berkuasa dan berdaulat terpaksa tunduk kepada British dan menjadi boneka British.

Selepas merdeka dari British, sebahagian orang Melayu yang berilmu merasakan bahawa mereka boleh memerintah dengan lebih baik dari Raja-Raja atau Sultan tetapi sebahagian besar pula masih menganggap bahawa Raja dan Sultan perlu dikekalkan.

Orang-orang Melayu yang berilmu pada masa itu yang kebanyakannya menyertai Umno sedar bahawa orang Melayu masih ramai yang menghormati dan mahukan Raja-Raja, mungkin kerana masih menganggap bahawa Raja-Raja ini sebagai warisan yang perlu dipertahankan. Ramai yang menganggap, kalau tiada Raja, maka akan hancurlah umat Melayu didunia ini.

Kebangangan orang Melayu ini dieksploit sepenuhnya oleh cerdik pandai didalam Umno. Raja-Raja Melayu diberikan kemewahan sehingga mereka lupa daratan. Kehidupan keluarga diraja diselimuti kemewahan manakala tanggungjawab kepada rakyat hanyalah ketika upacara-upacara rasmi.

Rakyat terputus hubungan dengan keluarga diraja. Raja-raja tidak peduli kesusahan rakyat, manakala rakyat pula tidak tahu pembolotan kekayaan keluarga diraja.

Itu sebabnya, apabila jatuh seseorang anak raja itu, maka tidak ada sesiapa yang tahu nasibnya. Hari ini, ramai anak-anak raja yang dulunya hidup dengan kemewahan, tetapi sekarang terpaksa merempat. Jangan terkejut kalau ramai diantara anak-anak raja ini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan, setaraf dengan pendatang Myanmar atau Bangladesh.

Bagaimana Azlan Shah yang bukan berdarah Raja boleh menjadi Sultan, manakala anak-anak raja yang berdarah raja sudah tersingkir?

Evolusinya tetap sama dengan zaman dahulu. Kalau dulu, mereka yang bijak dengan ilmu kebatinan, berupaya menguasai alam ghaib, akan mampu menguasai manusia lain dengan perang dan strategi, hari ini mereka yang mampu menguasai ilmu perundangan dan boleh memanipulasi keadaan akan diangkat menjadi Raja.

Sesiapa pun boleh menjadi raja sekiranya mereka berilmu. Dan apabila berkuasa, seseorang itu boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada. Kuasa hampir mutlak terhadap rakyat ini menjadikan Raja itu bersikap tamak, rakus dan kadangkalanya zalim terhadap rakyat sendiri.

Friday, 21 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (10)

Tertarik dengan dua komen dalam posting lalu tentang istiadat bersiaram di Beting Beras Basah.

Dalam komen pertama, berbunyi begini.

"Untuk pengetahuan lu dan ramai lagi... isu bersiram nih "kununnya" telah dibuat di Beting Beras Basah oleh Azlan dimasa pertabalannyer sebenarnya ada kesilapan dari segi lokasi... namun lokasi upacara bersiram tersebut tidak dibuat dilokasi sebenar iaitu lokasi dimana Idris terdahulu melakukan upacara bersiram. Jarak lokasi adalah lebih dari 1 km dari tempat sepatutnya. Boleh disemak dengan penduduk kampung yang masih tinggal berhampiran denan kawasan lokasi siram beradat nih."

Manakala komen kedua memberikan link yang mempunyai gambar. (disini)

Komen pertama mengatakan Istiadat bersiram di Beting Beras Basah dilakukan ditempat yang salah. Manakala gambar kedua hanya menyatakan "lawatan ke Beting Beras Basah".

Sebenarnya, tiada siapa yang pasti apakah Raja Azlan Shah menjalani istiadat bersiram diBeting Beras Basah dengan "penuh adat istiadat." Bagaimanakah satu istiadat yang cukup penting boleh tersilap lokasi? Ataupun "istiadat" yang dijalankan hanyalah untuk memberitahu bahawa memang benar Raja Azlan ke Beting Beras basah?  Maka atas sebab itulah Ku Ann mencabar Raja Azlan supaya sama-sama menjalani istiadat tersebut untuk membuktikan siapa yang benar.

Raja Ahmad Nasir menjalani ujian tersebut. Ku Ann juga menjalani ujian tersebut.


Assalamualaikum Rohku

Gerakan hatiku semasa melakukan pekerjaan baik pada hari ini
Assalamualaikum tok nenek moyangku yang empunya cerita dalam diriku
Bantulah dengan membawa doaku
Hari ini aku membersihkan diri aku dengan emmasukkan Darjat Kedaulatan tinggi atas kehendak Moyangku Radin Bagus atau Prabu Perwisaso Brawijaya

Aku mohon kehadiran Tok Pawang Beting beras basah bernama Datok Mahidin bin Mubin bin Datok Panglima Belantan Besi serta Ratu Laut selatan Bu ratu Mas Danang Sutawijaya atau Dewi Nawang Wulan, Bonda Puteri Aishah serta keturunanku yang lain bagi permintaan keturunan Majapahit yang akan dilakukan oleh Jin Pendaulat Istana iaitu Megat Chandin atas permintaan Ku Ann.

Assalamualaikum Tok Megat Chandin yang menjaga daulat istana, kehadiran Tok Megat jelmaan Buaya Putih menjadi pengiring cucu cicit kepada Radin Bagus dan Radin Fatah

Assalamualaikum tok megat Alang Di Laut, aku mohon kawalan Tok Megat sehinggan selesainya upacara mengikut Adat Istiadat Diraja berada dalam keadaan selamat

Aku juga memohon jika terdapat orang-orang yang mengikut sama dalam rombongan ini dengan niat yang tidak baik atau sebaliknya, ianya harus diturunkan petunjuk seperti hukuman setimpal sebagai menyedarkan diri mereka supaya penipuan tidak berlaku seperti dahulu mahu mengambil kesempatan atas sesuatu tujuan.



Ketika menjalani istiadat ini, satu bayangan tiba-tiba muncul dibelakang Ku Ann yang sedang bersedia untuk disiramkan. Perhatikan bayangan dibelakang Ku Ann.Siapakah makhluk itu?

Beranikah Raja Azlan atau Raja Nazrin menjalani istiadat ini bersama-sama Ku Ann dan Raja Ahmad Nasir?

Wednesday, 19 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (9)

Siri kali ini akan cuba menjawab dua persoalan yang ditimbulkan oleh Malaysiacrisis.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor Jan Shah. Beliau tidak merebut takhta Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka.

KU Ann@Tengku Amran bukan mahu menuntut takhta Kesultanan Perak. Apa yang diminta hanyalah pengiktirafan bahawa beliau adalah waris Kesultanan Perak, malah apa yang diminta oleh Ku Ann hanyalah elaun dan pencen yang merupakan haknya. Dan untuk menuntuk hak itu, maka Ku Ann perlu membuktikan bahawa dia adalah waris sah Kesultanan Perak.

Dalam siri (8), Ku An telah membuktikan salasilah beliau dan juga membuktikan bahawa salasilah yang ada dalam simpanan istana telah diubah suai.

Bukan itu saja, Raja Noor Jan juga menerima Darjah Kerabat oleh Pakoe Boewono XIII di Surakarta

Kalau Darjah Kerabat dan gelaran diraja dijadikan ukuran sama ada seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai pewaris raja, maka Ku Ann juga memiliki Darjah Kerabat, malah berhak memakai gelaran "Yang diPertuan" yang dianugerahkan oleh Istana Pagar Ruyung.


Apa yang menarik dengan tulisan Malaysiacrisis ialah tentang keunikan sistem pewarisan Kesultanan Perak dan kami amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh kerana begitu ramai yang menuntut hak dan mengaku kerabat, maka satu satu sistem piawaian perlu dicipta untuk memastikan seseorang itu benar-benar kerabat diraja.

Dalam setiap pertabalan Raja atau Sultan, seringkali kita membaca tentang "Pertabalan yang penuh dengan adat istiadat.".

Adat istiadat ini pula sering dikaitkan dengan roh dan jin dan barangsiapa yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jin ni, maka dia akan gagal dalam proses pertabalan tersebut. Dalam proses pertabalan ini, Pawang Diraja memainkan peranan yang cukup luas.

Salah satu adat ketika pertabalan ialah mengunjungi Makam Tok Temong dan membaca ikrar untuk memerintah dengan adil dan saksama. 

Tok Temong @ Puteri Badariah bt Alang Mohamad berasal dari Acheh, Sumatera memerintah Daerah Temong, Kuala Kangsar pada tahun 1577. Pada tahun 1595, Tok Temong menyerahkan kuasanya kepada Muzafar Shah berserta seniji Geliga Embun sebagai kebesaran negeri memandangkan Muzafar Shah adalah anak saudaranya. Tok Temong mangkat pada tahun 1663 dan disemadikan di Kampung Temong, Kuala Kangsar.


Sebagai salah satu adat istiadat yang perlu dilakukan, maka Raja Azlan Shah perlu menziarahi Makam Tok Temong tetapi apakah makam yang diziarahi semasa pertabalan itu makam Tok Temong ataupun makam orang lain? 

Makam Tok Temong diketahui dan di akui oleh kerabat diraja dikawal oleh jin. Mereka yang bukan kerabat diraja tetapi mahu mengaku raja akan menerima musibah sekiranya cuba menipu dimakam Tok Temong.

Untuk mengelak daripada sesuatu kejadian yang memalukan berlaku, maka Azlan Shah telah mengadakan upacara tersebut ditempat lain yang bukan makam Tok Temong walaupun dikhabarkan kepada rakyat bahawa Azlan Shah telah pun menjalani adat istiadat tersebut.


Manakala Makam Tok Temong sebenarnya ialah seperti gambar dibawah.



Bagaimana pula dengan adat bersiram?

Dalam Malaysiacrisis ditunjukkan adat bersiram di pentas persada dilakukan dengan adat istiadat. Adat bersiram yang dimaksudkan oleh Ku Ann ialah adat bersiram di Beting Beras Basah,yang disempurnakan oleh Pawang Diaraja dipentas yang disediakan secara turun temurun, bukan diatas pentas yang yang dibuat seolah-olah untuk majlis keraian.

Akan disambung.....



Tuesday, 18 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (8)


Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada seorang pelajar yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, sudah pasti dia akan gagal dalam pepriksaan, tetapi sekarang orang yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah diangkat sebagai Professor.

Sepuluh tahun lalu sekiranya ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah tidak wujud, sudah pasti dia akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu, tetapi sekarang  bila ada Professor yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud, tidak ada siapa yang peduli.

Mungkin sepuluh tahun lagi, sesiapa yang mengatakan Altantuya dibunuh di Malaysia, sudah pasti orang akan mentertawakan mereka kerana bagaimana Altantuya boleh dibunuh sedangkan tidak ada rekod menunjukkan bahawa dia pernah memasuki Malaysia.  Dan bagaimanakah anak Altantuya mahu membuktikan bahawa ibunya memang pernah dibunuh disini?

Sudah pasti, anak Altantuya akan membuat laporan polis. Tetapi bagaimana kalau polis terus saja menolak laporan tersebut dan menganggap tindakan anak Altantuya itu ibarat tindakan orang gila? Dimana buktinya? Dimana kuburnya? Dimana rekodnya? Kebenaran bergantung kepada masa dan keadaan. Dan sejarah boleh diselewengkan untuk memastikan yang berkuasa terus berkuasa.

Satu perkara yang dipertikaikan oleh Malaysiacrisis ialah tentang Sultan Abdul Jalil dan salasilah Kesultanan Perak. Kami bukan mahu mengatakan bahawa Malaysiacrisis salah, tetapi cuma mahu mengetengahkan pendapat Tengku Amran.  Kebenaran hanya wujud apabila tidak ada sesiapa mempertikaikan “fakta” tersebut.  Tanpa media alternative, sudah pasti apa saja yang disiarkan didalam Utusan dan TV3 akan dianggap benar.

Berikut adalah petikan daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Tengku Amran kepada Sultan Azlan Shah. Ada perkara yang kami sendiri tidak bersetuju, tetapi kami siarkan keseluruhan surat tersebut untuk penilaian pembaca dalam bentuk imej dibawah sekali.

“Saya juga ingin mengetahui mengapakah Tuanku meminda beberapa fakta keatas nama Datuk saya seperti menghilangkan nama asal yang sudah diketahui umum iaitu Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah (Iskandar Muda) Mahkota Alam Ibni Almarhum Raja Ibrahim yang pernah menjadi pemerintah Negeri Perak dari tahun 1606 sehingga tahun 1636 selepas kepulangan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah ke-4 ke Sumatera, demikian juga nama Sultan Abd. Jalil Karamatullah Shah dengan wajah yang serupa tidak ada kena mengena dengan nama orang yang tidak wujud ianya bertentangan dengan nama yang terdapat didalam Geneology of Perak Sultans.

Begitu juga dengan nama Almarhum Sultan Yusup Izuddin Shah disebut sebagai Putera kepada Datuk saya yang tidak ada kaitan langsung. Ianya tidak benar.

Almarhum Sultan Yusup adalah Putera kepada Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah dari Melaka. Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah (Iskandar Muda) mempunyai anak seramai tujuh orang dengan permaisuri pertama iaitu Tengku Yong Safiah di Acheh, tiga daripada anak baginda telah dilarikan oleh Portugis dan akhirnya makam tujuh beradik telah dijumpai di Pahang dan seorang lagi puteranya bernama Tengku Muhamah Shah dengan permaisuri keduanya dari Perak iaitu Sharifah Malini yang masih belum terjumpa makamnya sekarang.

Pada tahun 1636 semasa baginda sedang bersembahyang di Masjid kota Lama Kanan serangan musuh berlaku, tiba-tiba baginda ghaib dan diketahui sudah berada di Pahang, suatu ketika baginda disedari berada di Perak menemui permaisuri keduanya yangsedang sarat mengandung oleh kerana baginda dipercayai mempunyai ilmu ghaib dan sebagainya, permaisuri baginda yakin pemergian Almarhum ke Pahang semula menemui dengan orang-orang kepercayaan baginda tidak diragui.
Pada penghujung tahun 1700 Baginda dilaporkan pulang ke Aceh tujuan meneruskan pemerintahan bagi menggantikan puteranya bernama Iskandar Ahmad atau Iskandar Tani yang dipercayai sudah turun ke Pahang mencari keluarganya yang lain. Apa yang diketahui selepas itu, makam tujuh saudara termasuklah makam Iskandar Tani telah diasingkan disuatu tempat berdekatan. Almarhum Sultan abdul Jalil (Iskandar Muda) disemadikan di Aceh pada tahun 1838.

Begitu juga disebutkan Almarhum Iskandar Ahmad atau Iskandar Tani adalah ayahanda sebenar Puan Khatijah Ahmad iaitu Bonda yang telah membesarkan Tuanku setelah keluarga di Raja Acheh yang melarikan diri ke Tanah Melayu untuk mengelakkan dari dibunuh oleh pihak Portugis ketika itu.
Dari penjelasan yang diketahui bahawa Tuanku telah pergi ke acheh secara senyap-senyap selepas ditabalkan menjadi Sultan ke 34 tujuan ingin mengetahui keturunan. Sebenarnya Tuanku telah tersilap langkah pergi ke acheh kerana Tuanku bukan dari keturunan sebelah sana. Almarhum Sultan Yusop Izuddin Shah adalah putera kepada Almarhum Sultan Abdullah Muhammad shah dari Melaka. Almarhumah Puan Khatijah Amad saja dari keturunan Acheh berpandukan salasilah yang tercatiti didalamnya. Tuanku telah mengelirukan seluruh rakyat Negeri Perak dengan memutarbelitkan setiap butiran dan fakta termasuklah diri Tuanku sendiri menjadi tidak betul. Oleh itu, kembalilah Tuanku kepada jalan yang benar. Allah jadikan umur manusia singkat dan panjang, yang hidup pasti akan mati jua.

Dalam salasilah Negeri Perak ada menyebut Sultan Perak ke 29 disebut Sultan Abdul Jalil Karahmatullah. Ianya bertentangan dengan orang yang tidak pernah wujud didunia yang boleh diucap Innalillahiwainnahirajiun. Datuk saya bernama Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mutaram Shah adalah sultan Perak ke 3. Wajahnya ada persamaan dengan orang disebut, Almarhum Sultan Nasiruddin Mutaram Shah telah menerajui Negeri Perak pada 1606 hingga 1636 selepas Sultan Abdul Jalil Riayat shah pulang ke Sumatera. Kemudian Baginda mangkat dan disemadikan disisi anak perempuannya bernama Puteri Reno Sumpur dipekarangan  perkuburan diraja Pagar Ruyung Sumatera pada tahun 1600, saya ada buktinya.

Dalam sejarah kedatangan Raja-Raja Melayu dari sumatera didapati pakar sejarah tidak mengetahui dengan lebih tepat kerana mereka mengetahui dan bertanya dengan orang-orang bawahan tidak menerusi dengan keturunan sebenar yang lebih tahu tentang sejarah, ini amat mengelirukan seluruh rakyat.

Demikian penejlasan ringkas saya yang dapat saya pertengahkan untuk maklumat Tuanku yang kurang tahu sejarah keturunan kita. Antara bonda saya dengan bonda Tuanku terikat sebagai saudara sepupu sebenar. Walaupun Tuanku seorang anak angkat yang menjadi kesayangan kepada Almarhummah (Poo).

Allah telah melenyapkan ingatan serta mengaburkan kedua belah mata Raja Mansur yang telah banyak membuat tohmahan dan pembohongan menerusi orang-orang tertentu kononnya saya bukan keturunan Raja. Salasilah Negeri Perak yang ada pada saya terlalu jauh bezanya dengan salasilah yang Tuanku cipta. Tujuan bagi mengabur mata rakyat kerana itu, Raja Mansur harus menanggung dosa-dosa yang dibuat oleh Tuanku. Bertaubatlah Tuanku. Allah itu maha besar, maha melihat, maha kuasa serta member petunjuk. Jangan mudah ikut hasutan syaitan.
Raja Mansur buat kali pertama telah menulis surat kepada saya sebelumbeliau menamatkan tempoh tugasnya pada penghujung Oktober 2008 dan secara tak langsung beliau telah meminta maaf diatas kesilapan beliau yang tak disengajakan.

Ini menunjukkan Raja Mansur selama ini ikut perintah dan terpaksa tunduk oleh kerana masih dalam perkhidmatan, apabila beliau tidak lagi berkhidmat dibawah naungan Tuanku, barulah saya faham dan dapat menilai setiap perbuatan yang terancang.

Tuanku telah dinobatkan sebagai Sultan buat bebrapa seketika sementara pewaris sebenar wujud, sumpah ikrar Tuanku semasa dimakam Tok temong membuat pengakuan bahawa Tuanku akan mengembalikan semula hak kepada anak cucu cicit Tok temong. Saya bukan mahu merampas takhta yang disandang, yang saya tuntut adalah ganjaran serta elaun bulanan serta faedah rawatan setiap kali saya sakit.

Saya mohon Raja Jaafar perlu ditutunkan kerana melibatkan kes pembunuhan isteri keduanya dan juga menuntut kedua orang putera Tuanku perlu digugurkan mengikut Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang termaktub, mengapa ahli-Ahli Dewan Negara yang melantik mereka mengabaikan etika tersebut yang telah diluluskan oleh Raja-Raja dahulu disamping mengecualikan persyaratan yang tidak sepatutnya dibuat.

Salasilah Negeri Perak yang telah dikembalikan kepda saya oleh pihak tertentu pada bulan Mei 2007 setelah pengesahan dibuat menunjukkan nama saya dan nama bapa saya telah ditukar kepada nama Raja tujuan mahu diselarikan dengan nama-nama yang ada. Ianya menjadi suatu perubahan dengan menghapuskan nama Tengku sealiran dengan peninggalan warisan keturunan daripada Iskandar Muda atau Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah terus kepada Sultan ke 18 iaitu Sultan Ahmadin Shah.





Dan bagi menjawab persoalan mengapakah Ku Ann menggunakan gelaran "Tengku" dan tidak menggunakan "Raja", dibawah dilampirkan salasilah Kerabat Diraja Negeri Perak.


Friday, 14 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (7)

Sebelum merungkai seterusnya siapa Ku ann@Raja Amran@Tengku Amran yang menuntut waris Kesultanan Perak, kami ingin membawa pembaca untuk melihat satu lagi misteri yang mempunyai hubungkait dengan istana. Ia melibatkan seorang yang tiba-tiba menjadi popular selepas Pilihanraya Umum 2008. Beliau adalah Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaludin.

Dalam isu WWW1 yang melibatkan Sultan Johor, DS Nizar telah membabitkan dirinya dalam isu tersebut dengan mengkritik pembaziran yang dibuat kerana menghabiskan sejumlah wang yang banyak hanya untuk membeli nombor plet kereta. DS Nizar adalah satu-satunya pemimpin yang berani mengkritik pembaziran tersebut manakala pemimpin yang lainnya hanya mendiamkan diri.

Tindakan DS Nizar itu telah mendapat kecaman bukan saja dari pihak istana, pemimpin Umno malah pemimpin Pas sendiri mengecam tindakan DS Nizar tersebut. Mengapa DS Nizar begitu berani menegur istana sedangkan pemimpin lain semuanya takut?

DS Nizar tidak kesaorangan dalam mengkritik istana Johor. Dalam masa yang sama, Uncleseekers tiba-tiba menjadi blogger terkenal kerana pendedahan beliau tentang istana Johor. Uncleseekers bukan saja berani, malah mencabar sesiapa saja yang boleh membuktikan apa yang ditulisnya adalah salah.

DS Nizar akhirnya disiasat polis dan komputer beserta handphonenya dirampas oleh polis. Sehingga kini, semua barangan yang dirampas masih lagi belum dipulangkan.

Uncleseekers juga mengalami nasib yang sama dimana dia ditangkap, dituduh menagih dadah, komputernya juga dirampas tetapi akhirnya dibebaskan. Sehingga kini, kedua-dua mereka, DS Nizar Jamaludin dan Uncleseekers masih lagi tidak didakwa.

Umum mengetahui bahawa Uncleseekers bukanlah sebarang rakyat biasa.Bapanya ialah Syed Hussien Al-Attas dan mereka berasal dari orang besar Johor. Malah, Sultan Johor sepatutnya menghormati keluarga Al-Attas kerana keluarga inilah yang banyak membantu Istana Johor.

Tetapi apa kaitan keluarga Al-Attas dengan DS Mohd. Nizar?


Gambar diatas diambil dari blog Pak Habib disini. Tidak diketahui bilakah gambar ini diambil kerana artikel yang disiarkan ialah pada 26 Ogos 2012 tetapi artikel tersebut adalah ulangsiar dari artikel pertama yang disiarkan pada 1993.

Perlu juga diingat, isteri Sultan Johor adalah Raja Zarith Sofia yang merupakan anak kepada Sultan Idris Shah, Sultan Perak ke 33.

Dalam krisis Perak pada tahun 2009, DS Nizar berhadapan dengan Sultan Azlan Shah.

Pada 4 Februari 2009, DS Nizar telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Azlan Shah untuk memohon supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga orang ADUN yang melompat. Keesokan harinya, DS Nizar dipanggil mengadap, bersaorangan. DS Nizar beranggapan bahawa dia berhadapan dengan seorang Sultan yang arif tentang undang-undang dan berharap agar Raja Azlan dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya satu pilihanraya baru diadakan.

Apa yang berlaku adalah mengejutkan dimana Raja Azlan telah menitahkan DS Nizar supaya meletakkan jawatan. Apa yang dilakukan oleh Raja Azlan adalah bertentangan dengan undang-undang, malah bertentangan dengan apa yang ditulisnya dalam bukunya sendiri bahawa Menteri Besar tidak boleh disingkir oleh Sultan.

DS Nizar berhujah dan akhirnya berkata, "Ampun Tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun. Patik mohon sembah derhaka."

DS Nizar menggunakan bahasa istana yang bermaksud, "saya tidak bersetuju." tetapi ayat yang digunakan telah diputarbelit oleh Umno untuk menggambarkan bahawa DS Nizar adalah seorang penderhaka. DS Nizar tumbang tetapi sehingga hari ini beliau tidak menerima apa-apa surat untuk membuktikan bahawa beliau telah disingkir sebagai Menteri Besar.

Semasa krisis Sidang DUN, Speaker V.Sivakumar telah diheret oleh anggota polis yang menyamar sebagai pegawai Dewan supaya seorang Speaker baru dilantik. Kejadian ini berlaku semasa Raja Muda, Raja Nazrin Shah sendiri berada didalam Dewan. Apabila semua kekalutan reda, Raja Nazrin mengiktiraf Speaker baru yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mengapakah Raja Azlan begitu marah kepada DS Nizar dan menyuruh DS Nizar meletak jawatan? Mengapakah Raja Nazrin sama-sama bersubahat menyingkir Speaker dari kerusinya dan mengiktiraf Speaker baru dalam sekelip mata?

Apakah terdapat isu lain yang menyebabkan Sultan mahukan DS Nizar disingkir? Siapakah DS Nizar sebenarnya?

Ku Ann@Raja Amran@Tengku Amran (dua dari kiri) bersama DS Nizar Jamaludin.

Gambar diatas diambil pada tahun 2002 dimana DS Nizar pada masa itu hampir tidak dikenali langsung. Apa kaitan DS Nizar dengan Ku Ann?

Perlu juga dinyatakan disini bahawa seorang abang kepada DS Nizar merupakan bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Allahyarham Khalil Shah.

Apakah Nizar seorang penderhaka? Ataupun beliau berketurunan raja?

Thursday, 13 September 2012

Terima kasih Malaysiacrisis

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Malaysiacrisis kerana mengambil,berat terhadap posting yang dibuat didalam blog ini. Banyak persoalan yang dikemukakan oleh Malaysiacrisis, tetapi tujuan blog ini dibuat bukan untuk berdebat dengan Malaysiacrisis.

Malaysiacrisis berhujah berdasarkan "fakta" rasmi. Sejarah selalunya ditulis oleh mereka yang berkuasa. (History is written by the victors).

Apa yang cuba dilakukan oleh Uncleseekers 111 ialah menyediakan ruang kepada Ku Ann@ Raja Amran@Tengku Amran untuk membuktikan tuntuan beliau. Dan sebenarnya, Ku Ann tidak perlu mendedahkan perkara ini didalam blog atau mana-mana media massa sekiranya Raja Azlan bersedia bersemuka dengan beliau. Begitu juga dengan Dewan Negara Negeri Perak.

Sudah banyak kali Ku Ann menulis surat dan mencuba untuk bersemuka dengan Raja Azlan mahupun Ahli-Ahli Dewan Negara Negeri Perak tetapi permohonan beliau ditolak. Biarkan saja Ku Ann datang dan mengemukakan bukti dan sekiranya Ku Ann gagal, tangkap saja dan dakwa dia kerana cuba menipu ataupun cuba menjatuhkan martabat institusi diraja.

Uncleseekers 111 hanya ingin menjawab satu para yang terdapat dalam artikel tersebut. Manakala persoalan lain akan disiarkan satu persatu.

Jadi lah seperti Uncleseekers yang membuat pendedahan beserta bukti dan fakta, jangan merosakkan nama Uncleseekers dengan auta!

Tagline Uncleseekers ialah "Seek The Truth". Uncleseekers 111 tidak pernah mendabik dada mengatakan bahawa apa yang ditulis disini adalah "The Truth". Kebenaran perlu dicari, bukan disogok oleh orang lain. Malaysiacrisis menyediakan "fakta", tetapi siapakah yang boleh mengatakan bahawa apa yang disiarkan oleh Malaysiacrisis itu sebagai "The Truth?"

Uncleseekers 111 juga tidak semestinya bersetuju dengan apa saja yang "dibuktikan" oleh Ku Ann atau Raja Amran atau Tengku Amran. Uncleseekers 111 juga sama seperti pembaca lain yang masih lagi "seeking the truth".

Uncleseekers 111 telah menyediakan siri-siri untuk Misteri Sultan Azlan Shah ini dan biarlah pembaca menilai sama ada apa yang ditulis ini adalah benar atau hanyalah khayalan orang yang sudah hilang akal. Oleh kerana Raja Azlan Shah sendiri tidak mahu bersemuka dengan Ku Ann ataupun kerabat-kerabat lain, begitu juga Dewan Negara Negeri Perak yang tidak mahu berurusan dengan Ku Ann, maka inilah saja ruang untuk Ku Ann menyalurkan hujahnya,

Masih banyak misteri yang masih belum terungkai tetapi untuk memulakan perjalanan mencari kebenaran, kami siarkan siapakah Ku Ann@Raja Amran@Tengku Amran.


Wednesday, 12 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (6)

Dimana letaknya hukum hakam dari pengertian Mazhab Imam Shafie yang meriwayatkan harta peninggalan atau pusaka keturunan berupa apa sekalipun, hendaklah diwarisi oleh keturunan asasl dan ianya tidak boleh diambil alih oleh mana-mana pihak yang tidak ada kaitan dengan keturunan tersebut, demikian perintah Allah Subhanahu wataala kepada umatnya.

Dalam senario ini disebut Sultan Azlan Shah atau nama asalnya Mohd. Hattan bin Hashim berupa seorang anak angkat kepada Almarhumah Puan Khatijah Ahmad yang diambil dari umur setahun jagung oleh Almarhumah bekas isteri keempat kepada Raja Yusof Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857 dan bukannya dari zuriat keturunan yang boleh diberi hak kepadanya.

Raja Amran Raja Mohammad Shah

Saya perkatakan Dewan Negara Perak telah tersalah pilih atau sengaja membelakangkan Artikal Raja-Raja Melayu asal dengan menobatkan Raja Azlan Shah atau Mohd. Hattan bin Hashim sebagai pengganti Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tidak sepatutnya dibuat oleh Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib atas sokongan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahahthir Mohamad. Ini berlaku berdasarkan Tan Sri Ramli Ngah Talib sepelajar dengan Raja Azlan Shah semasa di London mengambil jurusan perundangan yang boleh dianggap mereka mengenali antara satu sama lain sebagai sahabat rapat.

Kerana itu Tan Sri Ramli Ngah Talib tidak perlu mencari pewaris lain untuk dinobatkan sebagai Sultan walaupun beliau mengetahui Raja Azlan Shah bukan anak raja sebenar cuma mengguna pakai nama dan di binkan atas nama baginda Raja Yusof Izuddin Shah tanpa direstui oleh baginda sendiri.

Antara saya dengan Raja Azlan Shah adalah saudara berlainan darah dan sama-sama dipelihara oleh Almarhumah dan tinggal dalam satu bumbung. Saya berdarah raja dan Raja Azlan pula anak orang biasa yang mana kedua ibubapanya pernah bekerja di Istana Hinggap Bukit Gantang Taiping suatu ketika dahulu. Dari sana Raja Azlan diambil atas restu kedua orang tuanya untuk dijadikan anak angkat yang ketika itu Almarhumah mempunyai seorang putera bernama Raja Baharom Shah hasil perkongsian perkahwinan Almarhumah Puan Khatijah Ahmad dengan Almarhum Raja Yusof Izuddin Shah memandangkan ketika itu Raja Baharom Shah sedang mengidap penyakit kurang siuman.

Pada tahun 2004 selepas saya kembali dari Indonesia, saya telah mengemukakan tuntutan hak sebagai pewaris Kesultanan Perak menerusi Istana, Dewan Negara dan seterusnya ke Majlis Raja-Raja Melayu Malaysia tetapi tidak pernah berjawab, rayuan demi rayuan telah dibuat tetapi tidak juga dijawab. Laporan polis juga telah dibuat bagi mendapatkan semula hak saya sebagai seorang pewaris kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al Mukhataram Shah (Iskandar Muda).

Sehingga kini pihak istana berdiam diri dan saya terpaksa mengeluarkan kenyataan menerusi media massa seperti Berita Harian dan akhbar Kosmo yang memaklumkan saya masih hidup bukannya sudah mati seperti yang pernah dilaporkan oleh Raja Azlan Shah selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah pada tahun 1984 sebelum Raja Azlan dinobatkan sebagai Sultan.

Apabila kenyataan ini dihebahkan menerusi media massa berulangkali, pihak istana diarah oleh Sultan membuat sekatan terhadap saya dengan memberi sogokan yang tidak diketahui berupa apa. Peguam-peguam dalam sekitar Kuala Lumpur juga telah diberi peringatan supaya tidak menerima saya sebagai pelanggan bertujuan untuk membuat tuntutan selain menggunakan khidmat bomoh dan pawang-pawang untuk membinasakan sehingga saya mendapat sakit yang begitu berat selain menghantar orang-orang upahan mencari saya tujuan mahu menghapuskan saya dari muka bumi.

Tak dapat membinasakan saya, anak buah saya Raja Izuddin Shah pula menjadi mangsa penganiayaan pihak istana menerusi beberapa kroni dengan membuat sesuatu yang boleh saya kira boleh menghapuskan seluruh keturunan saya dengan apa cara sekalipun tujuan menghidupkan generasi keturunan baginda, dimana letaknya keadilan?

Mengapa dalam semakan kehakiman Mahkamah Tinggi oleh Yang Arif Hakim Dato abdul Kadir Musa tidak menjelaskan artikel sebenar mengikut undang-undang berbentuk restropektif yakni yang boleh berkuatkuasa kebelakang dan ianya boleh digunapakai sekiranya ia hanya untuk prosedur dan pemakaian sama sekali tidak sah jika ianya untuk substantiation kerana ia didapati bertentangan dengan "Law of Natural justice and Equity".

Oleh sebab itu saya mempersoalkan nasib diri saya serta keturunan sealiran iaitu Raja Izuddin Shah sebagai penerima nasib sama yang telah teraniaya oleh tindak tanduk sekumpulan kroni Sultan Azlan Shah termasuk Dato Seri Tajol Rosli, Menteri Besar, Dato Ayop Hashim dan Dato Raja Mansor Raja Razman yang diketahui telah memaksa Raja Izuddin Shah meletak jawatan sebagai Raja Kecil besar pada 12 Oktober 2006 dengan alasan bankrup setelah 20 tahun menduduki tangga pewaris dengan menawarkan ganjaran RM15,000 sebulan mulai tahun 2008.

Ini saya kira suatu keputusan yang dianggap membalas dendam oleh Dato Seri Tajol Rosli terhadap keputusan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah pada tahun 1963 yang telah membuang bekas Menteri Besar Perak Dato Haji Ghazali Jawi daripada jawatanya. Setelah menganalisis setiap butiran yang dimuatkan kedalam internet disamping mengkaji setiap fakta yang menjadi tercetusnya suatu perbuatan menganiaya sehingga terlucutnya kedudukan anak buah saya yang tidak sepatutnya diperlakukan terhadap dirinya yang saya anggap suatu pakatan berupa hasutan dan sebagainya dengan menggunakan Sultan Azlan Shah sebagai penentu telah membuat suatu keputusan tanpa mengambilkira soal maruah seorang kerabat diraja dari keturunan berdaulat yang tidak sepatutnya diperlakukan diluar bidang kuasa tubuh kerajaan tanpa mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli majlis yang saya kira ia sudah dilindungi oleh kekebalan raja-raja melayu semenjak dahulu lagi.

Andaian yang saya buat pula mengapa Dewan Negara Negeri Perak tidak melucutkan gelaran Sultan yang disandang oleh Raja Azlan Shah kerana baginda bukan dari keturunan raja sebenar. Ini perlu saya perkatakan ibu saudara saya, Almarhumah Puan Khatijah Ahmad semasa menjadi isteri keempat kepada almarhum sultan Yusof Izuddin Shah telah mengambil Mohd. Hattan bin Hashim menjadi anak angkat dengan diberi nama Raja Azlan Shah yang difikirkanya ada bersama dengan nama Raja Baharom Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah.

Saya mempersoalkan dimana tanggungjawab Dewan Negara Perak yang diamanahkan oleh rakyat bagi melaksanakan pentadbiran dengan baik dan sempurna dan bukan tujuan yang boleh menggugat nama baik seluruh Negeri Perak. Kini segala-galanya sudah menjadi bibit-bibit pertanyaan seluruh rakyat yang ingin mengetahui apa yang berlaku dalam negeri masa kini seperti yang rakyat mengetahui dalam internet.

Berdasarkan maklumat yang tersebut, saya harap pihak Badan Pencegah Rasuah harus tampil membuat siasatan terhadap dewan Negara Negeri Perak dan Dato Raja Mansor Raja Razman Hashim, Setiausaha dewan Negara Negeri Perak dan Dato Raja Mansor Raja razman, Pengelola Diraja yang dianggap terbabit dengan perlucutan Raja Kecil besar yang disandang oleh anak buah saya Raja Izuddin Shah selain menafikan hak saya sebagai anak raja berdaulat dari keturunan Sultan Abdul Jalil Nasiruddin al Mukhtaram Shah (Iskandar Muda)

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tg. Amran Tg. Mohammad Shah.
Yang DiPertuan
Raja Alam Minangkabau.






Tuesday, 11 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (5)

Laporan polis terhadap Sultan Azlan Shah

Sebagai langkah awal untuk mendapatkan kembali hak warisan Kesultanan Perak, Ku Ann @ Raja Amran telah membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis, Kuala Kangsar.

Kuala Kangsar Rpt: 2741/04
 Masa: 1440hrs.
 S/D: 8410/04 
Tarikh: 15/09/04

 Nama: Amran bin Muhammad 
No K/p: 440910-08-5527
 Umur: 60 thn.
 Pekerjaan: Tiada
 Alamat: *************, Jalan Kenanga, 55200, K.L
 Tel: 016-283****

 Pada 03/02/1984, Raja Azlan Shah telah dilantik menjadi Sultan Perak ke-34 oleh Majlis Dewan Negara Negeri Perak dengan dipersetujui bekas Menteri besar Ramli ngah Talib dan direstui oleh Bekas Dato Dr Mahathir Mohammad. Raja Azlan Shah tidak ditabal mengikut adat istiadat diraja seperti mandi bersiram yang seharusnya disempurnakan sebelum baginda ditabalkan menjadi Sultan.

 Saya, Ku Ann@Amran Muhammad adalah pewaris terdekat yang telah hilang taraf raja semenjak zaman kanak-kanak atas bijak pandai Raja Azlan Shah yang telah mengambil cap ibu jari saya diatas stu borang yang saya sendiri tidak pasti isi kandungan didalamnya tanpa saya disuruh membaca ketika berusia lebih kurang 13 tahun. Perkara ini berlaku semasa Raja Azlan mula-mula menjawat jawatan Majistret di Mahakmah Rendah Ipoh.

Antara saya dengan Raja Azlan Shah ada kait mengait yang sama-sama pernah dipelihara oleh Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, Ibu saudara saya yang telah mengambilnya sejak kecil dari keturunan orang biasa dan ibunya pula keturunan Cina Siam ketika Almarhumah menjadi isteri kepada Sultan Yusof. Pengambilan Raja Azlan Shah oleh Almarhumah disamping memperguna pakai bin tanpa merujuk terlebih dahulu, Raja Yusuf amat murka dan terpaksa Raja Yusof menceraikan Almarhumah. Masa itu, Raja Yusof sudah mempunyai seorang anak bernama Raja Baharom Shah hasil perkahwinan Almarhum dengan Almarhumah.

Raja Baharom pula semasa dizaman kanak-kanak menghidap sakit otak terus menerus sehingga dia dirawat dihospital Tanjung Rambutan. Raja Azlan Shah diambil sebagai anak angkat oleh Almarhumah memikirkan Raja Baharum sudah tidada harapan untuk sembuh dengan penyakitnya itu.

Saya adalah orang yang bertanggungjawab menjaga, menghantar makanan dan persalinan dengan berulang alik ke hospital setiap hari tanpa diberi persekolahan yang telah terhenti bagaimana yang dijanjikan oleh Almarhumah.

Sesudah sekian lama penceraian antara Almarhum dengan Almarhumah, Raja Azlan terus menerus diberi pelajaran sehingga ke Malay College Kuala Kangsar dan seterusnya ke London mengambil jurusan undang-undang. Begitupun, Almarhumah masih mendesak Almarhum supaya Raja Azlan diperakui sebagai anak dan mencatitkan nama Raja Azlan Shah didalam rekod senarai kerabat-kerabat Negeri Perak yang bakal mewarisi takhta suatu masa nanti. 

Hakikatnya mahu tidak mahu Raja Yusof terpaksa mengakui Raja Azlan Shah sebagai anak memikirkan Almarhumah masih menjadi isteri semasa Raja Azlan Shah diambil sebagai anak angkat demi menjaga maruah dan martabat sebagai seorang Raja. Seseorang Sultan yang akan ditabalkan seharusnya berdarah raja yang berdaulat dan bukannya dari anak angkat yang digunapakai bin seseorang raja atau mereka yang bukan anak raja sebenar. 

Dewan Negara Negeri Perak mempunyai kuasa untuk menggugurkan semula seseorang Sultan dari menduduki takhta jika ia didapati bukan dari darah raja berdaulat yang benar-benar layak bersemayam dalam Istana Iskandariah di bukit Chandan Kuala Kangsar yang dijaga rapi oleh pendaulat jin kerajaan bernama Megat chandin, kalau ada Sultan yang tidak tahan dengan daulat istana Bukit Chandan, maka Sultan terpaksa berpindah dan akan mencari istana lain yang mungkin difikirnya tidak ada gangguan lagi.

Kalau selagi Sultan tidak turun balik dari takhtanya, Jin tetap menganggu kemana saja Sultan pergi. Saya membuat laporan ini tujuan mahu mendapatkan semula hak saya sebagai pewaris raja berdaulat yang sudah hampir setengah abad dipinggirkan oleh seseorang yang bukan raja bergelar Sultan yang mempunyai kedudukan tinggi.

 T. Tangan Pengadu
 ________________ 

Penerima Report 
(L/Kpl 135515 Zairosmaya) 

_________________


Berikut pula adalah surat jawapan daripada Ibupejabat polis Kuala Kangsar.

Encik Amran bin Muhammad
******
************
Jalan Kenanga
55200 Kuala Lumpur.

Kuala Kangsar Repot:2741/2004 Bertarikh 15 Sept, 2004 - Laporan polis terhadap DYM Paduka Seri Sultan Perak.
_____________________________________________________________________________

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Setelah meneliti laporan tuan berkaitan tuntutan tuan terhadap tahta pemerintahan Negeri Perak, dimana tuan mendakwa sebagai pewaris sebenar Kesultanan Negeri Perak, adalah didapati ia merupakan perkara sivil. Oleh yang demikian, pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tuan yang berkenaan. Tuan bolehlah mendapat nasihat peguam tuan untuk tindakan seterusnya.

Sekian, terimaa kasih.

"SEDIA BERKHIDMAT"
"MESRA, CEPAT DAN BETUL"


(ZAKARIA BIN PAGAN) P/SUPT
kETUA POLIS DAERAH
KUALA KANGSAR.

Surat sebenar boleh dilihat disini.




Monday, 10 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (4)

(Sebelum kami meneruskan siri Misteri Sultan Azlan Shah, kami juga mahukan pembaca menilai satu lagi sudut pandang dari seorang yang menuntut waris Kesultanan Perak, Raja Ahmad Nasir. Blog beliau yang asal tidak dapat diakses, tetapi masih boleh diakses disini. Berikut adalah pandangan Raja Ahmad Nasir tentang siapa Raja Azlan Shah)

Siapa Ibu kandung Atan bin Hashim (Azlan Sultan Perak)

 Salam bahagia.para pembaca yang setia.yang mengikuti laman blog YM Raja Ahmad Nasir.Setiap kali cerita yang disampaikan adalah cerita yang sebenar kepada para pembaca yang bijak pandai cuba lihat dinegara kita ini,adakah undang-undang yang ada,rukun negara yang diujudkan adakah mereka gunakan dengan adil&saksama?Sebagai ketua negara Seri Paduka Yang Dipertuan Agong,majlis Raja-raja atau dikenali Sultan yang memerintah negeri masing-masing dibawah takhta kerajaan negeri yang berdaulat.

 Didalam negara ini diujudkan Perdana Menteri,iaitu penasihat kepada Agong adalah ahli Politik didalam negara ini dan didalam setiap negeri mempunyai Menteri Besar. Jawatan Penasihat kepada Sultan negeri masing-masing dan juga Ahli Politik.

Disini YM Raja Ahmad Nasir mahu para pembaca memahami tugas dan tanggungjawab Seri Paduka Yang Dipertuan Agong &juga Sultan yang memerintah takhta negeri masing-masing. Bukankah tanggungjawab sebagai seorang Agong sebelum memegang jawatan tersebut telah bersumpah melaksanakan tugas dengan adil,saksama.Seri Paduka Yang Dipertuan Agong juga sebagai Warisan Nabi S.A.W yang beragama Islam menegakkan kebenaran keadillan &bertanggungjawab keatas rakyat jelata.

Dimana setiap 5 tahun sekali ditukar ganti mengikut giliran memegang jawatan yang Dipertuan Agong.Bagi Sultan yang memerintah kerajaan negeri pun warisan Nabi S.A.W yang beragama Islam. Membentuk perpaduan Islam dengan bijaksana,sikap adil dan berkerjasama dengan rakyat.Perdana Menteri adalah Ahli Politik menterajui didalam negeri ini menjalan tugas dan juga memandu dari segi ekonomi,perpaduan ,pentadbiran negara.Begitu juga dengan Menteri Besar ada disetiap negeri bertanggungjawab dibawah perintah Sultan. Disini satu kenyataan bahawa peranan tanggungjawab Agong amat berat kepada agama Islam keseluruhannya dari segi hukum syarak,adat dan fikiran.

Sebagai Perdana Menteri atau Menteri Besar tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pemerintahan sendiri dalam negara atau negeri.Oleh sebab keujudan Sultan dan berasasnya menakluki negeri masing-masing bukan nya Perdana Menteri atau Menteri Besar. Apabila wujudnya Perdana Menteri atau Menteri Besar mendahului Sultan bererti telah menderhaka kepada Agong dan Sultan-sultan yang memerintah.Dengan erti kata lain LEBIH KUAH DARIPADA SUDU atau KACANG LUPAKAN KULIT.Hanya penting pada diri sendiri dan juga INDAH KHABAR DARI RUPA kerana itulah negara ini menjadi kucar kacir diatas perbuatan mereka tanya disedari.

 Para pembaca,YM Raja Ahmad Nasir ingin menyampaikan khabaran yang sebenar Azlan(sultan perak) atau Atan bin Hashim nama IBU KANDUNG beliau dan ASAL USUL KETURUNAN.Nama sebenar ibu kandung beliau ialah WAN CIK NUN LOK iaitu adalah nama CINA SIAM.Nama melayu beliau ialah WASIDAH BINTI ABDULLAH,itulah ibu kandung Atan bin Hashim.Ada sepucuk surat yang ditulis oleh TOH PUAN KHATIJAH kepada Atan Bin Hashim atau Azlan(sultan perak). Kata -kata nya begini “LAN,KAMU SEBENARNYA BUKAN ANAK KANDUNG SULTAN YUSUF”tapi sayang surat tersebut telah hilang dari simpana YM Raja Ahmad Nasir.

Mungkin juga ada seseorang yang pernah tinggal atau duduk sebumbung dengan nya masa ada surat itu Azlan(sultan perak)memang kenal sangat AYAHANDA YM Raja Ahmad Nasir,Arwah CIKGU AZIZ,Arwah PAK DIN.Kerana itu lah Azlan(sultan perak)Atan Bin Hashim tidak mahu bertemu YM Raja Ahmad Nasir.

1. Untuk pengetahuan pembaca yang setia Azlan(sultan perak)Atan Bin Hashim telah mengarah Dato Pengelola Bijaya Diraja Dato Shamsul Bahrin mengutus surat TIDAK DIBENARKAN warisan sebenar mengguna nama RAJA.

 2.pihak yang menuntut memakai nama Raja hendaklah dapat surat dari Istana terlebih dahulu.

 A-Kalau pergi ke ibu pejabat istana,pihak istana tidak akan layan-dihalau balik dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dilafazkan.

 B-Beliau merasa takut akan kedudukkan beliau dan keluarga beliau tergugat.

 3.Bainun adalah darah keturunan “mamak”DKK (DARAH KETURUNAN KELING).

 A-Ketika dahulu kalau Sultan bernikah dengan orang kebanyakkan menjadi isteri beliau digelar TOH PUAN.Disini terletaknya bahawa Azlan tidak wajar menaruh nama isterinya dengan nama Raja.Sedangkan warisan yang sebenar tidak dibenarkan.Ternyatalah disini sikap&perbuatan beliau telah salah guna diatas kedudukan beliau sekarang adalah salah laku.

 B-Kalau Bainun boleh gunakan Raja kenapa tidak rakyat jelata menggunakan nama Raja?Apa salahnya sedangkan Bainun keturunan MAMAK!!!.............

Perkahwinan Azlan dengan Bainun pada tahun 1955

 Para pambaca dapat menilaikan Warisan Tulen Sultan Berdulat dan Penjenayah Penipuan menduduki takhta memutar belitkan dan memalukan Institusi Raja-raja.

 WASALAM

Sunday, 9 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (3)

Datuk Seri Ramli Ngah Talib samasekali tidak terfikir jika Raja Azlan dinobat sebagai Sultan, apakah beliau akan diterima oleh Jin Pendaulat Istana yang bernama Megat Chandin untuk bersemayam di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Bagaimanapun, Ramli Ngah Talib terpaksa mendukung restu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang membuat perancangan supaya Raja Azlan ditabal sebagai Sultan dan dipersetujui oleh Majlis Dewan Negara Perak.

Antara Ku Ann dengan Raja Azlan, mereka mempunyai kaitan sebagai saudara sepupu tapi berlainan darah daging. Ku Ann berdarah raja manakala Raja Azlan pula anak orang biasa. Nama asalnya ialah Mohd. Hattan bin Hashim dan ibunya berbangsa Siam kurang fasih berbahasa Melayu ketika itu.

Selepas beberapa hari dilahirkan, Mohd. Hattan dibawa ke Batu Gajah pada 19 April 1928 atas bantuan sahabat karib Allayarham Alang Jaafar. Nama Mohd. Hattan telah dipinda kepada nama Raja Azlan Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah. Nama ini difikirkan sesuai oleh  Almarhumah Khatijah Ahmad kerana ada persamaan dengan nama Raja Baharom Shah anak sebenar.

Pembetulan dan pengubahsuaian yang menggunakan nama baginda tidak diketahui oleh Al Marhum. Ketika itu amat mudah untuk berbuat sesuatu urusan tanpa kawalan dengan perundangan yang belum terjamin. Tambahan pula Pejabat Pendaftaran masih kecil dan tidak ramai orang yang datang berurusan.

Almarhumah Khatijah tidak mempunyai ramai anak walaupun tiga kali berkahwin. AlMarhumah mempunyai seorang anak bernama Abdul Ghani (Allahyarham) hasil dari perkahwinan pertama. Suami kedua pula ialah Almarhum Raja Yusof Izuddin Shah yang menghasilkan Raja Baharom Shah. Kali ketiga, Almarhumah Khatijah berkahwin dengan Datuk Tak Haji Daud yang pada masa itu bertugas sebagai Penolong Pengarah Pertanian Negeri Perak tetapi tidak mempunyai anak. Pada masa itu, Datuk Tak sudah pun mempunyai dua orang isteri dan ramai anak.

Mengikut salasilah keturunan Kesultanan Perak, Ku Ann merupakan waris yang paling layak untuk menduduki takhta, tetapi hak itu telah dirampas oleh Raja Azlan yang lebih mahir bermain dengan undang-undang. Ku Ann adalah waris keturunan raja, manakala Raja Azlan hanyalah anak angkat dari keturunan Siam.

Dalam salasilah keturunan asal, ianya melarang sesiapapun daripada mengubahsuai atau meminda salasilah untuk tujuan merampas hak atau mengaburkan keturunan sebenar.

Ku Ann memang ada hak warisan kerajaan negeri Perak. Pemerintahan Kerajaan Negeri Perak sekarang ini telah menggubal pindaan perlembagaan yang menjadikan Ku Ann tersisih dari istana dan juga harta warisan diraja. Pindaan Perlembagaan Perak telahpun ditandatangani oleh yang Dipertuan Agong dan Menteri Besar Perak serta disokong pula oleh orang-orang kenamaan. Maka dengan itu, musnahlah segala warisan keturunan Ku Ann setelah di isytiharkan beberapa tahun lalu oleh Sultan Azlan kepada kerabat-kerabat diraja Negeri Perak.

Sultan Azlan boleh menerima Ku Ann tetapi sebagai rakyat biasa dengan syarat Ku Ann tidak boleh meminta apa-apa. Sultan Azlan juga tidak akan melayan segala permohonan yang dibuat oleh Ku Ann dan dengan itu, Ku Ann telah bersedia untuk menyaman Kerajaan dan Dewan Negara Negeri Perak kerana membuat keputusan yang dianggap tidak sah tanpa mengikut Etika Raja-Raja Melayu asal sebelum tahun 1900.

Sesudah dinobat menjadi Sultan Perak ke 34, sesuatu telah menimpa Raja Azlan dan keluarganya. Berlakulah kejadian aneh yang amat menakutkan baginda berdua suami isteri. Apabila terjaga keesokan harinya selepas bermalam buat kali pertamanya di Istana Iskandariah, Raja Azlan mendapati dirinya bukan tidur diatas katil didalam bilik, tetapi berada diatas rumput dihalaman istana setelah Jin Pendaulat Megat Chandin memindahkan baginda keluar kerana baginda bukanlah anak raja sebenar.

Begitu juga dengan Toh Puan Bainun Mohd Ali telah diletakkan dalam kamar mandi sehingga pintunya tidak dapat dibuka. Demikian yang menimpa keatas pasangan diraja yang telah diketahui umum bukan raja sebenar. Kebanyakan rakyat tahu cerita ini ketawa dan mengumpat dari mana datangnya Raja Azlan tiba-tiba dinobat sebagai sultan.

Sehari selepas kejadian aneh yang menakutkan itu, Datuk Seri Ramli Ngah Talib dipanggil mengadap segera. Ramli Ngah Talib telah diarahkan untuk menyediakan sebuah rumah lain yang sesuai dijadikan Istana Rasmi. Secara kebetulan, ketika itu ada sebuah rumah banglo besar satu tingkat milik kerajaan sedang kososng selepas perpindahan Pegawai Kanan dan rumah tersebut digunakan dulu sementara kerja-kerja pengubahsuaian dibuat.

Rumah tersebut terletak di Jalan Kinta, Ipoh dan akhirnya kerja-kerja ubahsuai telah siap yang kemudiannya dinamakan "Istana Kinta" sebagai kediaman rasmi Sultan Azlan yang tidak berdaulat.

Istana Iskandariah Kuala Kangsar akhirnya dibiarkan begitu saja tanpa penghuni setelah pasangan Diraja tersebut cabut lari kerana dikejutkan dengan kejadian aneh yang tidak diundang datang. Istana Hinggap Bukit Gantang, Taiping juga dirobohkan atas perintah Sultan Azlan untuk melenyapkan sejarah hidunya semasa kecil.

Sekarang, rakyat sudah mengetahui mengapakah Sultan Azlan dan keluarga diraja tidak pernah lagi bermalam di istana Iskandariah. Mereka akan hadir untuk upacara rasmi kerajaan dan pulang ke Istana Kinta, kerana Jin Megat Chandin Istana Iskandariah tidak akan membenarkan Sultan Azlan bermalam disana.

bersambung....

Saturday, 8 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (2)


Beberapa tahun selepas menghilangkan diri, Ku Ann telah kembali kerumah mereka di Canning Garden, Ipoh. Ketika itu, Raja Azlan bertugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Di masa itu juga, Ku Ann baru saja tujuh hari berkahwin tanpa memberitahu keluarga.


Raja Azlan pula sudah mengetahui tentang kepulangan Ku Ann setelah mendapat berita dari AlMarhumah. Ku Ann dipanggil kepejabatnya apabila mereka berjumpa dan Ku Ann disuruh bertugas di Mahkamah Rendah Ipoh tanpa memohon atau ditemuduga oleh pegawai-pegawainya.

Tujuan Raja Azlan berbuat demikian supaya Ku Ann dapat tinggal semula bersama-sama Almarhumah yang sering bimbang Ku Ann akan merajuk lagi. Persoalannya, bagaimana Ku Ann mahu memberitahu mereka bahawa dia sudah berkahwin?

Atas alasan apa sekalipun, Ku Ann terpaksa memberitahu bahawa dia sudah berkahwin. Raja Azlan terkejut dan bertanya bila dia berkahwin. Tidak ada cara lain, Raja Azlan meminta Ku Ann membawa balik isterinya. Walaubagaimanapun, Ku Ann perlu menanggung risiko dimarahi Almarhumah. Tiket waran untuk dua orang dikeluarkan bersama surat perlantikan jawatan sebagai Penyimpan Rekod Jenayah diberikan dan Ku Ann perlu melapor diri bertugas di Mahkamah Rendah, Ipoh.

Apabila sampai dirumah dan berhadapan dengan Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, beliau bertanya siapakah perempuan yang bersama Ku Ann. Apabila diberitahu bahawa perempuan tersebut ialah isteri Ku Ann, Puan Khatijah tersentak dan meminta supaya Ku Ann menceraikan perempuan tersebut kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat restu keluarga.

Ku Ann enggan menceraikan isterinya dan tetap dengan pendirianya walaupun dipaksa oleh Almarhumah Puan Khatijah untuk menceraikan isterinya. Akhirnya, Ku Ann keluar dari rumah tersebut dan menumpang dirumah saudara.

Raja Azlan diminta pulang segera ke Ipoh. Dari kuala Lumpur, Raja Azlan memandu keretanya, Jaguar Sport berwarna putih dan beliau mendapati Ku Ann sudah tidak ada dirumah. Kejadian pertengkaran Ku Ann dan Puan Khatijah telah diketahui oleh Raja Azlan tetapi beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana menghormati Almarhumah sebagai ibu. Raja Azlan terpaksa berbuat sesuatu yang difikirnya baik bagi keluarga semua, begitupun, Raja Azlan dapat membayangkan bahawa Ku Ann akan tetap meaporkan diri ditempat betugas.

Keesokan harinya, menerusi Presiden Mahkamah, Encik Azmi Kamaruddin, Ku Ann telah diperintahkan bertukar ke Kuala Lumpur. Ini satu pertukaran luar biasa yang belum pernah berlaku terhadap mana-mana pegawai kerajaan.

Dari Kuala Lumpur, Ku Ann diarah bertukar pula ke Kuala Terengganu. Disana, Ku Ann merasa tercabar disebabkan tekanan dari isterinya yang menuduh keluarga Ku Ann memandang darjat. Perselisihan kerana darjat menyebabkan akhirnya mereka bercerai kerana desakan keluarga Ku Ann.

Ku Ann merasakan bahawa Raja Azlan memainkan peranan dalam perceraianya. Ku Ann akhirnya meletak jawatan dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Indonesia sambil mencari salasilah keturunannya disana.



bersambung....

Friday, 7 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (1)

Benar atau tidak terserah kepada orang ramai yang mempersoalkan cerita sebenar dari Tengku Amran, yang merupakan saudara sepupu tetapi berlainan darah daging dan mereka pernah tinggal sebumbung dan sama-sama diperlihara oleh Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, bekas isteri ke-empat kepada Almarhum Raja Yusuf Izuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857.

Pada bulan Februari 1984, Sultan Idris Iskandar Shah telah disahkan mangkat. Majlis Dewan Negara Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Ramli Ngah Talib selaku Menteri Besar ketika itu telah melantik Sultan baru sebagai pengganti. Mengikut adat istiadat dari dahulu lagi, apabila sultan telah disahkan mangkat, jenazahnya akan disimpan selama tiga hari sebelum disemadikan bagi membolehkan seorang Sultan baru dilantik.

Etika Raja-Raja Melayu yang termaktub dari dahulu lagi melarang seseorang yang bukan keturunan atau bukan berdarah raja tulin dari dinobatkan atau dilantik sebagai Sultan. Amalan tersebut diketepikan dan Datuk Seri Ramli Ngah Talib yang sudah merancang mahu melantik Raja Azlan tanpa mendapat persetujuan sepnuhnya dari ahli Majlis setelah dimaklumkan lebih awal kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa akur walaupun beliau memang tahu Raja Azlan bukan anak Raja sebenar.

(Gambar ihsan Malaysia Crisis)

Dilaporkan, Dewan Negara Perak mahu melantik juga Raja Azlan sebagai Sultan untuk memudahkan jenazah Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah disemadikan, tetapi permasalahan timbul setelah kaum kerabat mempersoalkan perlantikan Raja Azlan tidak mengikut susunan oleh kerana beliau telah melangkah lima tangga dengan mengenepikan pewaris dari keturunan sebenar yang tidak sepatutnya berlaku. Ketika itu, Raja Azlan diletak sebagai "Raja Kecil Bongsu" ditangga bawah sekali tiba-tiba mahu dinobat sebagai Sultan.

Sebelum upacara adat istiadat perlantikan dijalankan, beberapa orang ahli majlis bercakap tentang pewaris yang lebih dekat dan mereka ingin tahu dari penjelasan Raja Azlan sendiri yang mereka kira ada kebenaran tanpa keraguan. Orang kenamaan mahu tahu selaian Raja Azlan, siapa lagi pewaris yang masih ada.

Raja Azlan memberitahu bahawa Raja Baharom Shah merupakan abangnya. Kebetulan ketika itu, Raja Baharom Shah sedang menghidap penyakit kurang siuman (gila) dari zaman kanak-kanak lagi. "Ku Ann @ Amran Mohammad Shah dimana? " mereka bertanya lagi.

Raja Azlan memberitahu bahawa Ku Ann sudah lebih 20 tahun tidak pulang. Mungkin masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Ahli Majlis mendapat laporan dari beberapa orang bekas pengawal peribadi Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tahu dan mengenali Ku Ann sebelum mereka diberhentikan dari jawatan masing-masing selepas Almarhum mangkat. Nama Ku Ann atau Tengku Amran Mohammad Shah disebut oleh beberapa orang Ahli Majlis, beliau adalah cucu tunggal kepada Sharipah Malini, Permaisuri Kedua kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al-Mukhataram Shah (Iskandar Muda) selepas Permaisuri Pertama Tengku Yong Sapiah mangkat di Acheh.

Nama Tengku Amran tidak tercatit dalam buku rekod kerabat-kerabat raja Perak dan beliau telah menghilangkan diri beberapa tahun selepas Allahyarham Datuk Tak Haji Daud, yang merupakan bapa tiri Raja Azlan meninggal dunia.

Siapa Ku Ann@Raja Amran Mohammad Shah?

bersambung....