Tertarik dengan dua komen dalam posting lalu tentang istiadat bersiaram di Beting Beras Basah.
Dalam komen pertama, berbunyi begini.
"Untuk pengetahuan lu dan ramai lagi... isu bersiram nih "kununnya" telah dibuat di Beting Beras Basah oleh Azlan dimasa pertabalannyer sebenarnya ada kesilapan dari segi lokasi... namun lokasi upacara bersiram tersebut tidak dibuat dilokasi sebenar iaitu lokasi dimana Idris terdahulu melakukan upacara bersiram.
Jarak lokasi adalah lebih dari 1 km dari tempat sepatutnya. Boleh disemak dengan penduduk kampung yang masih tinggal berhampiran denan kawasan lokasi siram beradat nih."
Manakala komen kedua memberikan link yang mempunyai gambar. (disini)
Komen pertama mengatakan Istiadat bersiram di Beting Beras Basah dilakukan ditempat yang salah. Manakala gambar kedua hanya menyatakan "lawatan ke Beting Beras Basah".
Sebenarnya, tiada siapa yang pasti apakah Raja Azlan Shah menjalani istiadat bersiram diBeting Beras Basah dengan "penuh adat istiadat." Bagaimanakah satu istiadat yang cukup penting boleh tersilap lokasi? Ataupun "istiadat" yang dijalankan hanyalah untuk memberitahu bahawa memang benar Raja Azlan ke Beting Beras basah? Maka atas sebab itulah Ku Ann mencabar Raja Azlan supaya sama-sama menjalani istiadat tersebut untuk membuktikan siapa yang benar.
Raja Ahmad Nasir menjalani ujian tersebut. Ku Ann juga menjalani ujian tersebut.
Assalamualaikum Rohku
Gerakan hatiku semasa melakukan pekerjaan baik pada hari ini
Assalamualaikum tok nenek moyangku yang empunya cerita dalam diriku
Bantulah dengan membawa doaku
Hari ini aku membersihkan diri aku dengan emmasukkan Darjat Kedaulatan tinggi atas kehendak Moyangku Radin Bagus atau Prabu Perwisaso Brawijaya
Aku mohon kehadiran Tok Pawang Beting beras basah bernama Datok Mahidin bin Mubin bin Datok Panglima Belantan Besi serta Ratu Laut selatan Bu ratu Mas Danang Sutawijaya atau Dewi Nawang Wulan, Bonda Puteri Aishah serta keturunanku yang lain bagi permintaan keturunan Majapahit yang akan dilakukan oleh Jin Pendaulat Istana iaitu Megat Chandin atas permintaan Ku Ann.
Assalamualaikum Tok Megat Chandin yang menjaga daulat istana, kehadiran Tok Megat jelmaan Buaya Putih menjadi pengiring cucu cicit kepada Radin Bagus dan Radin Fatah
Assalamualaikum tok megat Alang Di Laut, aku mohon kawalan Tok Megat sehinggan selesainya upacara mengikut Adat Istiadat Diraja berada dalam keadaan selamat
Aku juga memohon jika terdapat orang-orang yang mengikut sama dalam rombongan ini dengan niat yang tidak baik atau sebaliknya, ianya harus diturunkan petunjuk seperti hukuman setimpal sebagai menyedarkan diri mereka supaya penipuan tidak berlaku seperti dahulu mahu mengambil kesempatan atas sesuatu tujuan.
Ketika menjalani istiadat ini, satu bayangan tiba-tiba muncul dibelakang Ku Ann yang sedang bersedia untuk disiramkan. Perhatikan bayangan dibelakang Ku Ann.Siapakah makhluk itu?
Beranikah Raja Azlan atau Raja Nazrin menjalani istiadat ini bersama-sama Ku Ann dan Raja Ahmad Nasir?
Bhai UncleSeekers3...
ReplyDeleteKalu ikut status berdaulatnya seseorang Sultan Perak... ianya dikira berapa keringnya Beting Beras Basah bila kaki Sultan memijak kawasan tue...
Masa Idris dulu... air cuma paling tinggi pun setakat buku lali... itupun tak disemua kawasan... ader kawasan yang kering... dimana tikar mengkuang anyaman opah sedara gua digunakan sebagai tempat duduk bersilanya Idris nih...
Siapa opah sedara gua dan aper kaitannya dengan Istana tak dapat la gua nak story... hahaha...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
aik?Keturunan Majapahit?setahu aku bloodline Raja2 perak bersambung dengan Keturunan Sriwijaya jika dipakai salasilah Kesultanan perak datang dari Melaka.
ReplyDeleteParameswara adalah keturunan Sriwijaya..bukan Majapahit..Ahh..aku makin pening..ini menunjukkan Legasi Kesultanan perak berkaitan dengan Majapahit yang dah pupus tu.
kome dah lupe keturunan raja bendahara yang dah lama merempat, sebab akhirnya yang satu jua menjadi penyebab sesekali dema negok kat ekor bota bole le bersorei balik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedari cerita arwah atok teman....beting beras basah tu kedudukannya ketengah laut sikit, tempat tersangkutnya kapal yng membawa bakal sultan perak pertama..dan setia bakal sultan akan memcecah kaki ke beting beras basah. manakala adat bersiram itu lain...akan dikumpulkan tujuh air anak sungai yng masuk ke sungai perak untuk upacara bersiram...juga di sebut tabal jin
ReplyDeleteBerani atau tidak menjalani istiadat bersama ku ann atau raja mohd nasir ..nazrin tetap jadi sultan perak selepas azlan.. Yg patut kita taksub hanya pada allah jer bukan pada ciptaannya.. Memohon perlindungan hanya pada tuhan rabbul jalil bukannya pada makhluk... Jauhi perkara2 syirik.. Belajarlah mengenali diri sendiri dan allah , ada rezeki allah bukakan pada kita berkenaan ilmu2 dunia.... Tempat kita meminta hanyalah pada allah aja bukannya makhluk ciptaannya yg tak punyai apa2
ReplyDeletesokong
DeleteOrang yang asyik nak mempertikai adalah orang tidak yakin dengan qadha dan qadar Allah swt. Apa kena mengena dengan beting beras basah dengan syarikat islam, kalau x betul pemikiran boleh jadi syirik. Berdoa mintak jin itu dan ini...nak jadi Sultan ke macam tu?. Kalau Raja Azlan boleh buatb tempat lain dan boleh memerintah selama lebih 30 tahun, maknanya Jin Raja Megat Chandin tu dah boleh ditipu siang-siang buta. Tak ada apa-apa kesanpun dalam pemerintahan Raja Azlan. Sekarang Raja Nazrin pun elok sahaja mmerintah tanpa gangguan Megat Chandin. Megat Chandin pun dah confused kot dengan susur galur Sultan Perak.
ReplyDeleteHahaha
DeleteDatang masa air surut keringla tempat tu. Boleh rujuk Tides Table.
ReplyDeleteDatang masa air surut keringla tempat tu. Boleh rujuk Tides Table.
ReplyDeleteseekers ni pn bukan jenis solat punya orang hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah Sultan Nazrin pun dah selamat ditabalkan dan yg paling penting diterima sebagai Sultan Perak oleh rakyat jelata.
ReplyDeleteTentulah rakyat berbangga dengan satu-satunya Sultan dengan pendidikan tertinggi, elok juga rupa serta daya intelek yang tinggi.
Ianya menjadi tanda aras untuk bakal sultan akan datang dan penerimaan rakyat.
alhamdullilah sultan nazrin pn dh selamat..hanya menunggu pewaris sebenar..insyallah..yg di nanti akan dtg..sblum ia dtg akan muncul berbagai bagai pewaris yg mengakui diri..bersama bukti..tpi selagi sultan tak menjumpai bukti yg mmg bukti disebalik bukti yg mereka tunjuki..
ReplyDeletealhamdullilah sultan nazrin pn dh selamat..hanya menunggu pewaris sebenar..insyallah..yg di nanti akan dtg..sblum ia dtg akan muncul berbagai bagai pewaris yg mengakui diri..bersama bukti..tpi selagi sultan tak menjumpai bukti yg mmg bukti disebalik bukti yg mereka tunjuki..
ReplyDeletealhamdullilah sultan nazrin pn dh selamat..hanya menunggu pewaris sebenar..insyallah..yg di nanti akan dtg..sblum ia dtg akan muncul berbagai bagai pewaris yg mengakui diri..bersama bukti..tpi selagi sultan tak menjumpai bukti yg mmg bukti disebalik bukti yg mereka tunjuki..
ReplyDelete