Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada seorang pelajar yang
mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, sudah pasti dia akan gagal
dalam pepriksaan, tetapi sekarang orang yang mengatakan Malaysia tidak pernah
dijajah diangkat sebagai Professor.
Sepuluh tahun lalu sekiranya ada yang mengatakan bahawa Hang
Tuah tidak wujud, sudah pasti dia akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa
Melayu, tetapi sekarang bila ada
Professor yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud, tidak ada siapa yang peduli.
Mungkin sepuluh tahun lagi, sesiapa yang mengatakan
Altantuya dibunuh di Malaysia, sudah pasti orang akan mentertawakan mereka
kerana bagaimana Altantuya boleh dibunuh sedangkan tidak ada rekod menunjukkan
bahawa dia pernah memasuki Malaysia. Dan
bagaimanakah anak Altantuya mahu membuktikan bahawa ibunya memang pernah
dibunuh disini?
Sudah pasti, anak Altantuya akan membuat laporan polis.
Tetapi bagaimana kalau polis terus saja menolak laporan tersebut dan menganggap
tindakan anak Altantuya itu ibarat tindakan orang gila? Dimana buktinya? Dimana kuburnya? Dimana rekodnya? Kebenaran bergantung kepada masa dan keadaan. Dan sejarah
boleh diselewengkan untuk memastikan yang berkuasa terus berkuasa.
Satu perkara yang dipertikaikan oleh Malaysiacrisis ialah
tentang Sultan Abdul Jalil dan salasilah Kesultanan Perak. Kami bukan mahu
mengatakan bahawa Malaysiacrisis salah, tetapi cuma mahu mengetengahkan
pendapat Tengku Amran. Kebenaran hanya
wujud apabila tidak ada sesiapa mempertikaikan “fakta” tersebut. Tanpa media alternative, sudah pasti apa saja
yang disiarkan didalam Utusan dan TV3 akan dianggap benar.
Berikut adalah petikan daripada sepucuk surat yang dihantar
oleh Tengku Amran kepada Sultan Azlan Shah. Ada perkara yang kami sendiri tidak
bersetuju, tetapi kami siarkan keseluruhan surat tersebut untuk penilaian
pembaca dalam bentuk imej dibawah sekali.
“Saya juga ingin mengetahui mengapakah Tuanku meminda
beberapa fakta keatas nama Datuk saya seperti menghilangkan nama asal yang sudah
diketahui umum iaitu Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah (Iskandar Muda)
Mahkota Alam Ibni Almarhum Raja Ibrahim yang pernah menjadi pemerintah Negeri
Perak dari tahun 1606 sehingga tahun 1636 selepas kepulangan Sultan Abdul Jalil
Riayat Shah ke-4 ke Sumatera, demikian juga nama Sultan Abd. Jalil Karamatullah
Shah dengan wajah yang serupa tidak ada kena mengena dengan nama orang yang
tidak wujud ianya bertentangan dengan nama yang terdapat didalam Geneology of
Perak Sultans.
Begitu juga dengan nama Almarhum Sultan Yusup Izuddin Shah
disebut sebagai Putera kepada Datuk saya yang tidak ada kaitan langsung. Ianya
tidak benar.
Almarhum Sultan Yusup adalah Putera kepada Almarhum Sultan
Abdullah Muhammad Shah dari Melaka. Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasirudin
Mutaram Shah (Iskandar Muda) mempunyai anak seramai tujuh orang dengan
permaisuri pertama iaitu Tengku Yong Safiah di Acheh, tiga daripada anak
baginda telah dilarikan oleh Portugis dan akhirnya makam tujuh beradik telah
dijumpai di Pahang dan seorang lagi puteranya bernama Tengku Muhamah Shah
dengan permaisuri keduanya dari Perak iaitu Sharifah Malini yang masih belum
terjumpa makamnya sekarang.
Pada tahun 1636 semasa baginda sedang bersembahyang di
Masjid kota Lama Kanan serangan musuh berlaku, tiba-tiba baginda ghaib dan
diketahui sudah berada di Pahang, suatu ketika baginda disedari berada di Perak
menemui permaisuri keduanya yangsedang sarat mengandung oleh kerana baginda
dipercayai mempunyai ilmu ghaib dan sebagainya, permaisuri baginda yakin
pemergian Almarhum ke Pahang semula menemui dengan orang-orang kepercayaan
baginda tidak diragui.
Pada penghujung tahun 1700 Baginda dilaporkan pulang ke Aceh
tujuan meneruskan pemerintahan bagi menggantikan puteranya bernama Iskandar
Ahmad atau Iskandar Tani yang dipercayai sudah turun ke Pahang mencari
keluarganya yang lain. Apa yang diketahui selepas itu, makam tujuh saudara
termasuklah makam Iskandar Tani telah diasingkan disuatu tempat berdekatan.
Almarhum Sultan abdul Jalil (Iskandar Muda) disemadikan di Aceh pada tahun
1838.
Begitu juga disebutkan Almarhum Iskandar Ahmad atau Iskandar
Tani adalah ayahanda sebenar Puan Khatijah Ahmad iaitu Bonda yang telah
membesarkan Tuanku setelah keluarga di Raja Acheh yang melarikan diri ke Tanah
Melayu untuk mengelakkan dari dibunuh oleh pihak Portugis ketika itu.
Dari penjelasan yang diketahui bahawa Tuanku telah pergi ke
acheh secara senyap-senyap selepas ditabalkan menjadi Sultan ke 34 tujuan ingin
mengetahui keturunan. Sebenarnya Tuanku telah tersilap langkah pergi ke acheh
kerana Tuanku bukan dari keturunan sebelah sana. Almarhum Sultan Yusop Izuddin
Shah adalah putera kepada Almarhum Sultan Abdullah Muhammad shah dari Melaka.
Almarhumah Puan Khatijah Amad saja dari keturunan Acheh berpandukan salasilah
yang tercatiti didalamnya. Tuanku telah mengelirukan seluruh rakyat Negeri
Perak dengan memutarbelitkan setiap butiran dan fakta termasuklah diri Tuanku
sendiri menjadi tidak betul. Oleh itu, kembalilah Tuanku kepada jalan yang
benar. Allah jadikan umur manusia singkat dan panjang, yang hidup pasti akan
mati jua.
Dalam salasilah Negeri Perak ada menyebut Sultan Perak ke 29
disebut Sultan Abdul Jalil Karahmatullah. Ianya bertentangan dengan orang yang
tidak pernah wujud didunia yang boleh diucap Innalillahiwainnahirajiun. Datuk
saya bernama Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mutaram Shah adalah sultan Perak ke
3. Wajahnya ada persamaan dengan orang disebut, Almarhum Sultan Nasiruddin
Mutaram Shah telah menerajui Negeri Perak pada 1606 hingga 1636 selepas Sultan
Abdul Jalil Riayat shah pulang ke Sumatera. Kemudian Baginda mangkat dan
disemadikan disisi anak perempuannya bernama Puteri Reno Sumpur dipekarangan perkuburan diraja Pagar Ruyung Sumatera pada
tahun 1600, saya ada buktinya.
Dalam sejarah kedatangan Raja-Raja Melayu dari sumatera
didapati pakar sejarah tidak mengetahui dengan lebih tepat kerana mereka
mengetahui dan bertanya dengan orang-orang bawahan tidak menerusi dengan
keturunan sebenar yang lebih tahu tentang sejarah, ini amat mengelirukan
seluruh rakyat.
Demikian penejlasan ringkas saya yang dapat saya
pertengahkan untuk maklumat Tuanku yang kurang tahu sejarah keturunan kita.
Antara bonda saya dengan bonda Tuanku terikat sebagai saudara sepupu sebenar.
Walaupun Tuanku seorang anak angkat yang menjadi kesayangan kepada Almarhummah
(Poo).
Allah telah melenyapkan ingatan serta mengaburkan kedua
belah mata Raja Mansur yang telah banyak membuat tohmahan dan pembohongan
menerusi orang-orang tertentu kononnya saya bukan keturunan Raja. Salasilah
Negeri Perak yang ada pada saya terlalu jauh bezanya dengan salasilah yang
Tuanku cipta. Tujuan bagi mengabur mata rakyat kerana itu, Raja Mansur harus
menanggung dosa-dosa yang dibuat oleh Tuanku. Bertaubatlah Tuanku. Allah itu
maha besar, maha melihat, maha kuasa serta member petunjuk. Jangan mudah ikut
hasutan syaitan.
Raja Mansur buat kali pertama telah menulis surat kepada
saya sebelumbeliau menamatkan tempoh tugasnya pada penghujung Oktober 2008 dan
secara tak langsung beliau telah meminta maaf diatas kesilapan beliau yang tak
disengajakan.
Ini menunjukkan Raja Mansur selama ini ikut perintah dan
terpaksa tunduk oleh kerana masih dalam perkhidmatan, apabila beliau tidak lagi
berkhidmat dibawah naungan Tuanku, barulah saya faham dan dapat menilai setiap
perbuatan yang terancang.
Tuanku telah dinobatkan sebagai Sultan buat bebrapa seketika
sementara pewaris sebenar wujud, sumpah ikrar Tuanku semasa dimakam Tok temong
membuat pengakuan bahawa Tuanku akan mengembalikan semula hak kepada anak cucu
cicit Tok temong. Saya bukan mahu merampas takhta yang disandang, yang saya
tuntut adalah ganjaran serta elaun bulanan serta faedah rawatan setiap kali
saya sakit.
Saya mohon Raja Jaafar perlu ditutunkan kerana melibatkan
kes pembunuhan isteri keduanya dan juga menuntut kedua orang putera Tuanku
perlu digugurkan mengikut Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang termaktub, mengapa
ahli-Ahli Dewan Negara yang melantik mereka mengabaikan etika tersebut yang
telah diluluskan oleh Raja-Raja dahulu disamping mengecualikan persyaratan yang
tidak sepatutnya dibuat.
Salasilah Negeri Perak yang telah dikembalikan kepda saya
oleh pihak tertentu pada bulan Mei 2007 setelah pengesahan dibuat menunjukkan
nama saya dan nama bapa saya telah ditukar kepada nama Raja tujuan mahu
diselarikan dengan nama-nama yang ada. Ianya menjadi suatu perubahan dengan
menghapuskan nama Tengku sealiran dengan peninggalan warisan keturunan daripada
Iskandar Muda atau Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah terus kepada
Sultan ke 18 iaitu Sultan Ahmadin Shah.
Dan bagi menjawab persoalan mengapakah Ku Ann menggunakan gelaran "Tengku" dan tidak menggunakan "Raja", dibawah dilampirkan salasilah Kerabat Diraja Negeri Perak.
Assalamualaikum...dlm salasilah diatas kenapa ada 8 orag sultan...sultan-sultan perak kesemuanya berjumlah 34 orang...
ReplyDelete"Sultan Abdul Jalil Riayat shah pulang ke Sumatera. Kemudian Baginda mangkat dan disemadikan disisi anak perempuannya bernama Puteri Reno Sumpur dipekarangan perkuburan diraja Pagar Ruyung Sumatera pada tahun 1600, saya ada buktinya" betul ke?.Makam Al marhum sultan Abdul Jalil terletak di makam diraja bukit chandan,kuala kangsar, saya baru saja melawat makam baginda...bermula dari sultan Idris I, Al marhum sultan-sultan perak di makamkan di bukit chandan. Daulat tuanku,Daulat tuanku...sila datang ke kuala kangsar, insyAllah saya boleh bawa melawat ke makam2 sultan perak....saya suka mambaca n3 disini, saya berminat dgn sejarah kesultanan..
ReplyDelete1603 zaman bermakna sultan ke 9 memerintah iaitu Sultan Salehhuddin Mangkat di Acheh 1603 - 1619, Sultan Mansur Shah Marhum MangkaT di Acheh 1619 -1627 Sultan Muzaffar Shah II Marhum Jalillullah 1636 -1653, kalau dikatakan moyang engku memerintah dari 1603 sampai 1636 mmg tak logik dan tak masuk akal, buat lah kajian sebelum nak buat apa2 statment
ReplyDeleteHahaha, betul juga. Yang professor tu, professor kangkung-lah yang banyak dijumpai di IPTA. Yang cakap tak dijajah tu, professor kangkung taraf emeritus! Di IPTA Perak pun, profesor kangkung pun menjadi longgokan kat situ. Tadi, baru saya semak penerbitan PROFESOR di IPTA Perak untuk Tahun 2013, dan didapati ada yang TIADA penerbitan! Ada yang main "tumpang" dengan penerbitan orang lain. Malu...
Deletesalam..
DeleteAna stju ...kbnyakan Prfesor lbh bodoh dri tukang kebun IPTA...pmalas n bebal..hnya cedok bulat2 dri pnulisan Barat ...adake pla Tanah Melayu x prnah d jajah..hbis tu yg dok smbut Hari Merdeka tu natang aper...mrdeka dari aper...tu blum sntuh soal pmbaziran stiap kali smbut mrdeka...bakar bunga api ja dh jahnam kn berjuta2 duit rkyat!!!! bengong punya Prfesor yg tua tu jdi sifu yg betina tu anak didiknya...cari sndiri siapa prfesor2 tu...mmg kgkong pnya prfesor...mkan gaji buta...otak cencaluk...
Kalau semua nk tau salasilah perak dr awai sila ke blog EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH..ada rujukan dr Undang-Undang Kedah..
ReplyDeleteCuba baca sejarah. Sultan Abd Jalil Nasirudin Muhtaram Shah memerintah dari tahun 1916 sehingga 1918. Statement kat atas ni boleh la dikatakan statement org gila. Main cakap ikut sedap mulut.
ReplyDelete