Friday, 21 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (10)

Tertarik dengan dua komen dalam posting lalu tentang istiadat bersiaram di Beting Beras Basah.

Dalam komen pertama, berbunyi begini.

"Untuk pengetahuan lu dan ramai lagi... isu bersiram nih "kununnya" telah dibuat di Beting Beras Basah oleh Azlan dimasa pertabalannyer sebenarnya ada kesilapan dari segi lokasi... namun lokasi upacara bersiram tersebut tidak dibuat dilokasi sebenar iaitu lokasi dimana Idris terdahulu melakukan upacara bersiram. Jarak lokasi adalah lebih dari 1 km dari tempat sepatutnya. Boleh disemak dengan penduduk kampung yang masih tinggal berhampiran denan kawasan lokasi siram beradat nih."

Manakala komen kedua memberikan link yang mempunyai gambar. (disini)

Komen pertama mengatakan Istiadat bersiram di Beting Beras Basah dilakukan ditempat yang salah. Manakala gambar kedua hanya menyatakan "lawatan ke Beting Beras Basah".

Sebenarnya, tiada siapa yang pasti apakah Raja Azlan Shah menjalani istiadat bersiram diBeting Beras Basah dengan "penuh adat istiadat." Bagaimanakah satu istiadat yang cukup penting boleh tersilap lokasi? Ataupun "istiadat" yang dijalankan hanyalah untuk memberitahu bahawa memang benar Raja Azlan ke Beting Beras basah?  Maka atas sebab itulah Ku Ann mencabar Raja Azlan supaya sama-sama menjalani istiadat tersebut untuk membuktikan siapa yang benar.

Raja Ahmad Nasir menjalani ujian tersebut. Ku Ann juga menjalani ujian tersebut.


Assalamualaikum Rohku

Gerakan hatiku semasa melakukan pekerjaan baik pada hari ini
Assalamualaikum tok nenek moyangku yang empunya cerita dalam diriku
Bantulah dengan membawa doaku
Hari ini aku membersihkan diri aku dengan emmasukkan Darjat Kedaulatan tinggi atas kehendak Moyangku Radin Bagus atau Prabu Perwisaso Brawijaya

Aku mohon kehadiran Tok Pawang Beting beras basah bernama Datok Mahidin bin Mubin bin Datok Panglima Belantan Besi serta Ratu Laut selatan Bu ratu Mas Danang Sutawijaya atau Dewi Nawang Wulan, Bonda Puteri Aishah serta keturunanku yang lain bagi permintaan keturunan Majapahit yang akan dilakukan oleh Jin Pendaulat Istana iaitu Megat Chandin atas permintaan Ku Ann.

Assalamualaikum Tok Megat Chandin yang menjaga daulat istana, kehadiran Tok Megat jelmaan Buaya Putih menjadi pengiring cucu cicit kepada Radin Bagus dan Radin Fatah

Assalamualaikum tok megat Alang Di Laut, aku mohon kawalan Tok Megat sehinggan selesainya upacara mengikut Adat Istiadat Diraja berada dalam keadaan selamat

Aku juga memohon jika terdapat orang-orang yang mengikut sama dalam rombongan ini dengan niat yang tidak baik atau sebaliknya, ianya harus diturunkan petunjuk seperti hukuman setimpal sebagai menyedarkan diri mereka supaya penipuan tidak berlaku seperti dahulu mahu mengambil kesempatan atas sesuatu tujuan.



Ketika menjalani istiadat ini, satu bayangan tiba-tiba muncul dibelakang Ku Ann yang sedang bersedia untuk disiramkan. Perhatikan bayangan dibelakang Ku Ann.Siapakah makhluk itu?

Beranikah Raja Azlan atau Raja Nazrin menjalani istiadat ini bersama-sama Ku Ann dan Raja Ahmad Nasir?

5 comments:

  1. Bhai UncleSeekers3...

    Kalu ikut status berdaulatnya seseorang Sultan Perak... ianya dikira berapa keringnya Beting Beras Basah bila kaki Sultan memijak kawasan tue...

    Masa Idris dulu... air cuma paling tinggi pun setakat buku lali... itupun tak disemua kawasan... ader kawasan yang kering... dimana tikar mengkuang anyaman opah sedara gua digunakan sebagai tempat duduk bersilanya Idris nih...

    Siapa opah sedara gua dan aper kaitannya dengan Istana tak dapat la gua nak story... hahaha...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. aik?Keturunan Majapahit?setahu aku bloodline Raja2 perak bersambung dengan Keturunan Sriwijaya jika dipakai salasilah Kesultanan perak datang dari Melaka.

    Parameswara adalah keturunan Sriwijaya..bukan Majapahit..Ahh..aku makin pening..ini menunjukkan Legasi Kesultanan perak berkaitan dengan Majapahit yang dah pupus tu.

    ReplyDelete
  3. kome dah lupe keturunan raja bendahara yang dah lama merempat, sebab akhirnya yang satu jua menjadi penyebab sesekali dema negok kat ekor bota bole le bersorei balik

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. dari cerita arwah atok teman....beting beras basah tu kedudukannya ketengah laut sikit, tempat tersangkutnya kapal yng membawa bakal sultan perak pertama..dan setia bakal sultan akan memcecah kaki ke beting beras basah. manakala adat bersiram itu lain...akan dikumpulkan tujuh air anak sungai yng masuk ke sungai perak untuk upacara bersiram...juga di sebut tabal jin

    ReplyDelete