Tuesday, 18 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (8)


Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada seorang pelajar yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, sudah pasti dia akan gagal dalam pepriksaan, tetapi sekarang orang yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah diangkat sebagai Professor.

Sepuluh tahun lalu sekiranya ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah tidak wujud, sudah pasti dia akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu, tetapi sekarang  bila ada Professor yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud, tidak ada siapa yang peduli.

Mungkin sepuluh tahun lagi, sesiapa yang mengatakan Altantuya dibunuh di Malaysia, sudah pasti orang akan mentertawakan mereka kerana bagaimana Altantuya boleh dibunuh sedangkan tidak ada rekod menunjukkan bahawa dia pernah memasuki Malaysia.  Dan bagaimanakah anak Altantuya mahu membuktikan bahawa ibunya memang pernah dibunuh disini?

Sudah pasti, anak Altantuya akan membuat laporan polis. Tetapi bagaimana kalau polis terus saja menolak laporan tersebut dan menganggap tindakan anak Altantuya itu ibarat tindakan orang gila? Dimana buktinya? Dimana kuburnya? Dimana rekodnya? Kebenaran bergantung kepada masa dan keadaan. Dan sejarah boleh diselewengkan untuk memastikan yang berkuasa terus berkuasa.

Satu perkara yang dipertikaikan oleh Malaysiacrisis ialah tentang Sultan Abdul Jalil dan salasilah Kesultanan Perak. Kami bukan mahu mengatakan bahawa Malaysiacrisis salah, tetapi cuma mahu mengetengahkan pendapat Tengku Amran.  Kebenaran hanya wujud apabila tidak ada sesiapa mempertikaikan “fakta” tersebut.  Tanpa media alternative, sudah pasti apa saja yang disiarkan didalam Utusan dan TV3 akan dianggap benar.

Berikut adalah petikan daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Tengku Amran kepada Sultan Azlan Shah. Ada perkara yang kami sendiri tidak bersetuju, tetapi kami siarkan keseluruhan surat tersebut untuk penilaian pembaca dalam bentuk imej dibawah sekali.

“Saya juga ingin mengetahui mengapakah Tuanku meminda beberapa fakta keatas nama Datuk saya seperti menghilangkan nama asal yang sudah diketahui umum iaitu Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah (Iskandar Muda) Mahkota Alam Ibni Almarhum Raja Ibrahim yang pernah menjadi pemerintah Negeri Perak dari tahun 1606 sehingga tahun 1636 selepas kepulangan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah ke-4 ke Sumatera, demikian juga nama Sultan Abd. Jalil Karamatullah Shah dengan wajah yang serupa tidak ada kena mengena dengan nama orang yang tidak wujud ianya bertentangan dengan nama yang terdapat didalam Geneology of Perak Sultans.

Begitu juga dengan nama Almarhum Sultan Yusup Izuddin Shah disebut sebagai Putera kepada Datuk saya yang tidak ada kaitan langsung. Ianya tidak benar.

Almarhum Sultan Yusup adalah Putera kepada Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah dari Melaka. Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah (Iskandar Muda) mempunyai anak seramai tujuh orang dengan permaisuri pertama iaitu Tengku Yong Safiah di Acheh, tiga daripada anak baginda telah dilarikan oleh Portugis dan akhirnya makam tujuh beradik telah dijumpai di Pahang dan seorang lagi puteranya bernama Tengku Muhamah Shah dengan permaisuri keduanya dari Perak iaitu Sharifah Malini yang masih belum terjumpa makamnya sekarang.

Pada tahun 1636 semasa baginda sedang bersembahyang di Masjid kota Lama Kanan serangan musuh berlaku, tiba-tiba baginda ghaib dan diketahui sudah berada di Pahang, suatu ketika baginda disedari berada di Perak menemui permaisuri keduanya yangsedang sarat mengandung oleh kerana baginda dipercayai mempunyai ilmu ghaib dan sebagainya, permaisuri baginda yakin pemergian Almarhum ke Pahang semula menemui dengan orang-orang kepercayaan baginda tidak diragui.
Pada penghujung tahun 1700 Baginda dilaporkan pulang ke Aceh tujuan meneruskan pemerintahan bagi menggantikan puteranya bernama Iskandar Ahmad atau Iskandar Tani yang dipercayai sudah turun ke Pahang mencari keluarganya yang lain. Apa yang diketahui selepas itu, makam tujuh saudara termasuklah makam Iskandar Tani telah diasingkan disuatu tempat berdekatan. Almarhum Sultan abdul Jalil (Iskandar Muda) disemadikan di Aceh pada tahun 1838.

Begitu juga disebutkan Almarhum Iskandar Ahmad atau Iskandar Tani adalah ayahanda sebenar Puan Khatijah Ahmad iaitu Bonda yang telah membesarkan Tuanku setelah keluarga di Raja Acheh yang melarikan diri ke Tanah Melayu untuk mengelakkan dari dibunuh oleh pihak Portugis ketika itu.
Dari penjelasan yang diketahui bahawa Tuanku telah pergi ke acheh secara senyap-senyap selepas ditabalkan menjadi Sultan ke 34 tujuan ingin mengetahui keturunan. Sebenarnya Tuanku telah tersilap langkah pergi ke acheh kerana Tuanku bukan dari keturunan sebelah sana. Almarhum Sultan Yusop Izuddin Shah adalah putera kepada Almarhum Sultan Abdullah Muhammad shah dari Melaka. Almarhumah Puan Khatijah Amad saja dari keturunan Acheh berpandukan salasilah yang tercatiti didalamnya. Tuanku telah mengelirukan seluruh rakyat Negeri Perak dengan memutarbelitkan setiap butiran dan fakta termasuklah diri Tuanku sendiri menjadi tidak betul. Oleh itu, kembalilah Tuanku kepada jalan yang benar. Allah jadikan umur manusia singkat dan panjang, yang hidup pasti akan mati jua.

Dalam salasilah Negeri Perak ada menyebut Sultan Perak ke 29 disebut Sultan Abdul Jalil Karahmatullah. Ianya bertentangan dengan orang yang tidak pernah wujud didunia yang boleh diucap Innalillahiwainnahirajiun. Datuk saya bernama Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mutaram Shah adalah sultan Perak ke 3. Wajahnya ada persamaan dengan orang disebut, Almarhum Sultan Nasiruddin Mutaram Shah telah menerajui Negeri Perak pada 1606 hingga 1636 selepas Sultan Abdul Jalil Riayat shah pulang ke Sumatera. Kemudian Baginda mangkat dan disemadikan disisi anak perempuannya bernama Puteri Reno Sumpur dipekarangan  perkuburan diraja Pagar Ruyung Sumatera pada tahun 1600, saya ada buktinya.

Dalam sejarah kedatangan Raja-Raja Melayu dari sumatera didapati pakar sejarah tidak mengetahui dengan lebih tepat kerana mereka mengetahui dan bertanya dengan orang-orang bawahan tidak menerusi dengan keturunan sebenar yang lebih tahu tentang sejarah, ini amat mengelirukan seluruh rakyat.

Demikian penejlasan ringkas saya yang dapat saya pertengahkan untuk maklumat Tuanku yang kurang tahu sejarah keturunan kita. Antara bonda saya dengan bonda Tuanku terikat sebagai saudara sepupu sebenar. Walaupun Tuanku seorang anak angkat yang menjadi kesayangan kepada Almarhummah (Poo).

Allah telah melenyapkan ingatan serta mengaburkan kedua belah mata Raja Mansur yang telah banyak membuat tohmahan dan pembohongan menerusi orang-orang tertentu kononnya saya bukan keturunan Raja. Salasilah Negeri Perak yang ada pada saya terlalu jauh bezanya dengan salasilah yang Tuanku cipta. Tujuan bagi mengabur mata rakyat kerana itu, Raja Mansur harus menanggung dosa-dosa yang dibuat oleh Tuanku. Bertaubatlah Tuanku. Allah itu maha besar, maha melihat, maha kuasa serta member petunjuk. Jangan mudah ikut hasutan syaitan.
Raja Mansur buat kali pertama telah menulis surat kepada saya sebelumbeliau menamatkan tempoh tugasnya pada penghujung Oktober 2008 dan secara tak langsung beliau telah meminta maaf diatas kesilapan beliau yang tak disengajakan.

Ini menunjukkan Raja Mansur selama ini ikut perintah dan terpaksa tunduk oleh kerana masih dalam perkhidmatan, apabila beliau tidak lagi berkhidmat dibawah naungan Tuanku, barulah saya faham dan dapat menilai setiap perbuatan yang terancang.

Tuanku telah dinobatkan sebagai Sultan buat bebrapa seketika sementara pewaris sebenar wujud, sumpah ikrar Tuanku semasa dimakam Tok temong membuat pengakuan bahawa Tuanku akan mengembalikan semula hak kepada anak cucu cicit Tok temong. Saya bukan mahu merampas takhta yang disandang, yang saya tuntut adalah ganjaran serta elaun bulanan serta faedah rawatan setiap kali saya sakit.

Saya mohon Raja Jaafar perlu ditutunkan kerana melibatkan kes pembunuhan isteri keduanya dan juga menuntut kedua orang putera Tuanku perlu digugurkan mengikut Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang termaktub, mengapa ahli-Ahli Dewan Negara yang melantik mereka mengabaikan etika tersebut yang telah diluluskan oleh Raja-Raja dahulu disamping mengecualikan persyaratan yang tidak sepatutnya dibuat.

Salasilah Negeri Perak yang telah dikembalikan kepda saya oleh pihak tertentu pada bulan Mei 2007 setelah pengesahan dibuat menunjukkan nama saya dan nama bapa saya telah ditukar kepada nama Raja tujuan mahu diselarikan dengan nama-nama yang ada. Ianya menjadi suatu perubahan dengan menghapuskan nama Tengku sealiran dengan peninggalan warisan keturunan daripada Iskandar Muda atau Sultan Abdul Jalil Nasirudin Mutaram Shah terus kepada Sultan ke 18 iaitu Sultan Ahmadin Shah.





Dan bagi menjawab persoalan mengapakah Ku Ann menggunakan gelaran "Tengku" dan tidak menggunakan "Raja", dibawah dilampirkan salasilah Kerabat Diraja Negeri Perak.


6 comments:

  1. Assalamualaikum...dlm salasilah diatas kenapa ada 8 orag sultan...sultan-sultan perak kesemuanya berjumlah 34 orang...

    ReplyDelete
  2. "Sultan Abdul Jalil Riayat shah pulang ke Sumatera. Kemudian Baginda mangkat dan disemadikan disisi anak perempuannya bernama Puteri Reno Sumpur dipekarangan perkuburan diraja Pagar Ruyung Sumatera pada tahun 1600, saya ada buktinya" betul ke?.Makam Al marhum sultan Abdul Jalil terletak di makam diraja bukit chandan,kuala kangsar, saya baru saja melawat makam baginda...bermula dari sultan Idris I, Al marhum sultan-sultan perak di makamkan di bukit chandan. Daulat tuanku,Daulat tuanku...sila datang ke kuala kangsar, insyAllah saya boleh bawa melawat ke makam2 sultan perak....saya suka mambaca n3 disini, saya berminat dgn sejarah kesultanan..

    ReplyDelete
  3. 1603 zaman bermakna sultan ke 9 memerintah iaitu Sultan Salehhuddin Mangkat di Acheh 1603 - 1619, Sultan Mansur Shah Marhum MangkaT di Acheh 1619 -1627 Sultan Muzaffar Shah II Marhum Jalillullah 1636 -1653, kalau dikatakan moyang engku memerintah dari 1603 sampai 1636 mmg tak logik dan tak masuk akal, buat lah kajian sebelum nak buat apa2 statment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, betul juga. Yang professor tu, professor kangkung-lah yang banyak dijumpai di IPTA. Yang cakap tak dijajah tu, professor kangkung taraf emeritus! Di IPTA Perak pun, profesor kangkung pun menjadi longgokan kat situ. Tadi, baru saya semak penerbitan PROFESOR di IPTA Perak untuk Tahun 2013, dan didapati ada yang TIADA penerbitan! Ada yang main "tumpang" dengan penerbitan orang lain. Malu...

      Delete
    2. salam..

      Ana stju ...kbnyakan Prfesor lbh bodoh dri tukang kebun IPTA...pmalas n bebal..hnya cedok bulat2 dri pnulisan Barat ...adake pla Tanah Melayu x prnah d jajah..hbis tu yg dok smbut Hari Merdeka tu natang aper...mrdeka dari aper...tu blum sntuh soal pmbaziran stiap kali smbut mrdeka...bakar bunga api ja dh jahnam kn berjuta2 duit rkyat!!!! bengong punya Prfesor yg tua tu jdi sifu yg betina tu anak didiknya...cari sndiri siapa prfesor2 tu...mmg kgkong pnya prfesor...mkan gaji buta...otak cencaluk...

      Delete
  4. Kalau semua nk tau salasilah perak dr awai sila ke blog EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH..ada rujukan dr Undang-Undang Kedah..

    ReplyDelete