Wednesday, 19 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (9)

Siri kali ini akan cuba menjawab dua persoalan yang ditimbulkan oleh Malaysiacrisis.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor Jan Shah. Beliau tidak merebut takhta Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka.

KU Ann@Tengku Amran bukan mahu menuntut takhta Kesultanan Perak. Apa yang diminta hanyalah pengiktirafan bahawa beliau adalah waris Kesultanan Perak, malah apa yang diminta oleh Ku Ann hanyalah elaun dan pencen yang merupakan haknya. Dan untuk menuntuk hak itu, maka Ku Ann perlu membuktikan bahawa dia adalah waris sah Kesultanan Perak.

Dalam siri (8), Ku An telah membuktikan salasilah beliau dan juga membuktikan bahawa salasilah yang ada dalam simpanan istana telah diubah suai.

Bukan itu saja, Raja Noor Jan juga menerima Darjah Kerabat oleh Pakoe Boewono XIII di Surakarta

Kalau Darjah Kerabat dan gelaran diraja dijadikan ukuran sama ada seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai pewaris raja, maka Ku Ann juga memiliki Darjah Kerabat, malah berhak memakai gelaran "Yang diPertuan" yang dianugerahkan oleh Istana Pagar Ruyung.


Apa yang menarik dengan tulisan Malaysiacrisis ialah tentang keunikan sistem pewarisan Kesultanan Perak dan kami amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh kerana begitu ramai yang menuntut hak dan mengaku kerabat, maka satu satu sistem piawaian perlu dicipta untuk memastikan seseorang itu benar-benar kerabat diraja.

Dalam setiap pertabalan Raja atau Sultan, seringkali kita membaca tentang "Pertabalan yang penuh dengan adat istiadat.".

Adat istiadat ini pula sering dikaitkan dengan roh dan jin dan barangsiapa yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jin ni, maka dia akan gagal dalam proses pertabalan tersebut. Dalam proses pertabalan ini, Pawang Diraja memainkan peranan yang cukup luas.

Salah satu adat ketika pertabalan ialah mengunjungi Makam Tok Temong dan membaca ikrar untuk memerintah dengan adil dan saksama. 

Tok Temong @ Puteri Badariah bt Alang Mohamad berasal dari Acheh, Sumatera memerintah Daerah Temong, Kuala Kangsar pada tahun 1577. Pada tahun 1595, Tok Temong menyerahkan kuasanya kepada Muzafar Shah berserta seniji Geliga Embun sebagai kebesaran negeri memandangkan Muzafar Shah adalah anak saudaranya. Tok Temong mangkat pada tahun 1663 dan disemadikan di Kampung Temong, Kuala Kangsar.


Sebagai salah satu adat istiadat yang perlu dilakukan, maka Raja Azlan Shah perlu menziarahi Makam Tok Temong tetapi apakah makam yang diziarahi semasa pertabalan itu makam Tok Temong ataupun makam orang lain? 

Makam Tok Temong diketahui dan di akui oleh kerabat diraja dikawal oleh jin. Mereka yang bukan kerabat diraja tetapi mahu mengaku raja akan menerima musibah sekiranya cuba menipu dimakam Tok Temong.

Untuk mengelak daripada sesuatu kejadian yang memalukan berlaku, maka Azlan Shah telah mengadakan upacara tersebut ditempat lain yang bukan makam Tok Temong walaupun dikhabarkan kepada rakyat bahawa Azlan Shah telah pun menjalani adat istiadat tersebut.


Manakala Makam Tok Temong sebenarnya ialah seperti gambar dibawah.



Bagaimana pula dengan adat bersiram?

Dalam Malaysiacrisis ditunjukkan adat bersiram di pentas persada dilakukan dengan adat istiadat. Adat bersiram yang dimaksudkan oleh Ku Ann ialah adat bersiram di Beting Beras Basah,yang disempurnakan oleh Pawang Diaraja dipentas yang disediakan secara turun temurun, bukan diatas pentas yang yang dibuat seolah-olah untuk majlis keraian.

Akan disambung.....



8 comments:

  1. Bhai UncleSeekers3...

    Untuk pengetahuan lu dan ramai lagi... isu bersiram nih "kununnya" telah dibuat di Beting Beras Basah oleh Azlan dimasa pertabalannyer sebenarnya ada kesilapan dari segi lokasi... namun lokasi upacara bersiram tersebut tidak dibuat dilokasi sebenar iaitu lokasi dimana Idris terdahulu melakukan upacara bersiram.

    Jarak lokasi adalah lebih dari 1 km dari tempat sepatutnya. Boleh disemak dengan penduduk kampung yang masih tinggal berhampiran denan kawasan lokasi siram beradat nih.

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. C++,

    You're damn right. Adakah "kesilapan" itu tidak disengajakan, taupun disengajakan?

    ReplyDelete
  3. Arwah tok teman le Pawang Di-Raja yg menabalkan Sultan Azlan dulu..

    ReplyDelete
  4. betul ker itu gambar tok temong? kalau tok temong mangkat tahun 1663, dizaman tu dah ada ker kamera di tanah melayu ni?, kalau dah ade kemera kenapa gambar2 sultan2 perak berikut tak ada gambar:
    13 Sultan Mudzaffar Shah III 1728 - 1752
    14 Sultan Muhamad Shah 1744 - 1750
    15 Sultan Iskandar Dzulkarnain 1752 - 1765
    16 Sultan Mahmud Shah II 1765 - 1773
    17 Sultan Alauddin Mansur Shah 1773 - 1786
    18 Sultan Ahmaddin Shah 1786 - 1806

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan gambar-gambar yang didapati dalam mana-mana muzum atau galeri bukanlah gambar yang diambil dengan kamera tetapi hasil lukisan tangan. Wajah-wajah yang dilukis diperolehi melalui komunikasi alam ghaib. Begitu juga dengan gambar Radin Bagos, Raja Majapahit terakhir. Ianya diperolehi melalui hubungan ghaib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..editor..trolling to the maxxx

      Delete
  6. Makam Tok Temong memang ada...tapi lakaran muka Tok Temong itu adalah bukan benar...itu adalah ibunda PADA Maharaja Cina,Shih Hyang-Ti...tanya lah pawang2 yang boleh scan

    ReplyDelete
  7. Agak2 lrr admin..the first camera built pun pada tahun1826..rujuk wiki bro..alam ghaib lrr hape..keh keh keh

    ReplyDelete