Saturday, 8 September 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (2)
Beberapa tahun selepas menghilangkan diri, Ku Ann telah kembali kerumah mereka di Canning Garden, Ipoh. Ketika itu, Raja Azlan bertugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Di masa itu juga, Ku Ann baru saja tujuh hari berkahwin tanpa memberitahu keluarga.
Raja Azlan pula sudah mengetahui tentang kepulangan Ku Ann setelah mendapat berita dari AlMarhumah. Ku Ann dipanggil kepejabatnya apabila mereka berjumpa dan Ku Ann disuruh bertugas di Mahkamah Rendah Ipoh tanpa memohon atau ditemuduga oleh pegawai-pegawainya.
Tujuan Raja Azlan berbuat demikian supaya Ku Ann dapat tinggal semula bersama-sama Almarhumah yang sering bimbang Ku Ann akan merajuk lagi. Persoalannya, bagaimana Ku Ann mahu memberitahu mereka bahawa dia sudah berkahwin?
Atas alasan apa sekalipun, Ku Ann terpaksa memberitahu bahawa dia sudah berkahwin. Raja Azlan terkejut dan bertanya bila dia berkahwin. Tidak ada cara lain, Raja Azlan meminta Ku Ann membawa balik isterinya. Walaubagaimanapun, Ku Ann perlu menanggung risiko dimarahi Almarhumah. Tiket waran untuk dua orang dikeluarkan bersama surat perlantikan jawatan sebagai Penyimpan Rekod Jenayah diberikan dan Ku Ann perlu melapor diri bertugas di Mahkamah Rendah, Ipoh.
Apabila sampai dirumah dan berhadapan dengan Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, beliau bertanya siapakah perempuan yang bersama Ku Ann. Apabila diberitahu bahawa perempuan tersebut ialah isteri Ku Ann, Puan Khatijah tersentak dan meminta supaya Ku Ann menceraikan perempuan tersebut kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat restu keluarga.
Ku Ann enggan menceraikan isterinya dan tetap dengan pendirianya walaupun dipaksa oleh Almarhumah Puan Khatijah untuk menceraikan isterinya. Akhirnya, Ku Ann keluar dari rumah tersebut dan menumpang dirumah saudara.
Raja Azlan diminta pulang segera ke Ipoh. Dari kuala Lumpur, Raja Azlan memandu keretanya, Jaguar Sport berwarna putih dan beliau mendapati Ku Ann sudah tidak ada dirumah. Kejadian pertengkaran Ku Ann dan Puan Khatijah telah diketahui oleh Raja Azlan tetapi beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana menghormati Almarhumah sebagai ibu. Raja Azlan terpaksa berbuat sesuatu yang difikirnya baik bagi keluarga semua, begitupun, Raja Azlan dapat membayangkan bahawa Ku Ann akan tetap meaporkan diri ditempat betugas.
Keesokan harinya, menerusi Presiden Mahkamah, Encik Azmi Kamaruddin, Ku Ann telah diperintahkan bertukar ke Kuala Lumpur. Ini satu pertukaran luar biasa yang belum pernah berlaku terhadap mana-mana pegawai kerajaan.
Dari Kuala Lumpur, Ku Ann diarah bertukar pula ke Kuala Terengganu. Disana, Ku Ann merasa tercabar disebabkan tekanan dari isterinya yang menuduh keluarga Ku Ann memandang darjat. Perselisihan kerana darjat menyebabkan akhirnya mereka bercerai kerana desakan keluarga Ku Ann.
Ku Ann merasakan bahawa Raja Azlan memainkan peranan dalam perceraianya. Ku Ann akhirnya meletak jawatan dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Indonesia sambil mencari salasilah keturunannya disana.
bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bhai UncleSeekers III
ReplyDeleteAiyark... manyak syiok baca sulah kina bilinti ka.. aiyaa...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot