Friday 7 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (1)

Benar atau tidak terserah kepada orang ramai yang mempersoalkan cerita sebenar dari Tengku Amran, yang merupakan saudara sepupu tetapi berlainan darah daging dan mereka pernah tinggal sebumbung dan sama-sama diperlihara oleh Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, bekas isteri ke-empat kepada Almarhum Raja Yusuf Izuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857.

Pada bulan Februari 1984, Sultan Idris Iskandar Shah telah disahkan mangkat. Majlis Dewan Negara Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Ramli Ngah Talib selaku Menteri Besar ketika itu telah melantik Sultan baru sebagai pengganti. Mengikut adat istiadat dari dahulu lagi, apabila sultan telah disahkan mangkat, jenazahnya akan disimpan selama tiga hari sebelum disemadikan bagi membolehkan seorang Sultan baru dilantik.

Etika Raja-Raja Melayu yang termaktub dari dahulu lagi melarang seseorang yang bukan keturunan atau bukan berdarah raja tulin dari dinobatkan atau dilantik sebagai Sultan. Amalan tersebut diketepikan dan Datuk Seri Ramli Ngah Talib yang sudah merancang mahu melantik Raja Azlan tanpa mendapat persetujuan sepnuhnya dari ahli Majlis setelah dimaklumkan lebih awal kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa akur walaupun beliau memang tahu Raja Azlan bukan anak Raja sebenar.

(Gambar ihsan Malaysia Crisis)

Dilaporkan, Dewan Negara Perak mahu melantik juga Raja Azlan sebagai Sultan untuk memudahkan jenazah Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah disemadikan, tetapi permasalahan timbul setelah kaum kerabat mempersoalkan perlantikan Raja Azlan tidak mengikut susunan oleh kerana beliau telah melangkah lima tangga dengan mengenepikan pewaris dari keturunan sebenar yang tidak sepatutnya berlaku. Ketika itu, Raja Azlan diletak sebagai "Raja Kecil Bongsu" ditangga bawah sekali tiba-tiba mahu dinobat sebagai Sultan.

Sebelum upacara adat istiadat perlantikan dijalankan, beberapa orang ahli majlis bercakap tentang pewaris yang lebih dekat dan mereka ingin tahu dari penjelasan Raja Azlan sendiri yang mereka kira ada kebenaran tanpa keraguan. Orang kenamaan mahu tahu selaian Raja Azlan, siapa lagi pewaris yang masih ada.

Raja Azlan memberitahu bahawa Raja Baharom Shah merupakan abangnya. Kebetulan ketika itu, Raja Baharom Shah sedang menghidap penyakit kurang siuman (gila) dari zaman kanak-kanak lagi. "Ku Ann @ Amran Mohammad Shah dimana? " mereka bertanya lagi.

Raja Azlan memberitahu bahawa Ku Ann sudah lebih 20 tahun tidak pulang. Mungkin masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Ahli Majlis mendapat laporan dari beberapa orang bekas pengawal peribadi Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tahu dan mengenali Ku Ann sebelum mereka diberhentikan dari jawatan masing-masing selepas Almarhum mangkat. Nama Ku Ann atau Tengku Amran Mohammad Shah disebut oleh beberapa orang Ahli Majlis, beliau adalah cucu tunggal kepada Sharipah Malini, Permaisuri Kedua kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al-Mukhataram Shah (Iskandar Muda) selepas Permaisuri Pertama Tengku Yong Sapiah mangkat di Acheh.

Nama Tengku Amran tidak tercatit dalam buku rekod kerabat-kerabat raja Perak dan beliau telah menghilangkan diri beberapa tahun selepas Allahyarham Datuk Tak Haji Daud, yang merupakan bapa tiri Raja Azlan meninggal dunia.

Siapa Ku Ann@Raja Amran Mohammad Shah?

bersambung....

9 comments:

  1. kembali kan undang-undang kesultanan perak.

    ReplyDelete
  2. Bhai UncleSeeker III...

    Ayoyo.... macam mana nih... kasi clear skit...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu datang la 29hb ni beb..boleh cerita panjang.

      Delete
    2. Bhai UncleSeekers III

      Ayoyo... kadawalei... amma appa tarak kasi pigi lar... hahahaha....

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  3. Adat? Simpan mayat sampai 3 hari? Bertentangan dengan syariat islam.
    Raja Azlan dari RKB terus jadi Sultan? Hikayat ke Dongeng? Salahkan Ramli? Siapa Pengerusi Dewan Negara Perak dan siapa yang perkenan perlantikan? Adakah anda memperbodohkan almarhumn Sultan Idris yang melantik giliran pengganti Sultan?

    Raja Azlan Shah granted the title of Raja Kechil Bongsu 19th August 1962, prom. to Raja Kechil Tengah 1st March 1963, Raja Kechil Sulong 1st January 1978, Raja Kechil Besar 1st August 1978, and appointed as Heir Apparent with the title of Tuanku Raja Muda, Wakil us-Sultan, Wazir ul-Azam 1st July 1983.

    Raja Azlan cuma tidak menjadi Raja DiHilir Perak dan bersebab kerana penyandang masa itu sudah uzur dan menolak/tidak sesuai untuk dilantik ke jawatan Raja Muda yang kosong setelah Raja Ahmad Saifuddin mangkat. Kebetulan Raja Ahmad Saifuddin adalah adik Sultan Idris yg memerintah masa itu? Adakah almarhum Sultan Idris juga menggunakan kuasa untuk melantik Raja A Saifuddin melangkah bendul?
    Kalau semua Sultan sebelum ini tidak ikut adat asal, so what? Allah yang menentukan siapa yang layak jadi Sultan.
    Jika anda sibuk dan kecoh dengan adat, Sultan Selangor, Sultan Terengganu, Raja Perlis yang memerintah sekarang pun kena tukar semula ikut keturunan sebenar.
    Saya tak pernah tinggal di Perak tapi saya baca juga sejarah Perak, bukan cerita dongeng rakyat Perak yang ditulis dengan motif dendam kerana bangga dengan darah keturunan yang sebenarnya tak tahu darah dari mana.

    ReplyDelete
  4. Memang benar kisah yang di ceritakan. ..

    ReplyDelete
  5. Memang benar kisah yang di ceritakan. ..

    ReplyDelete
  6. Sebenar ada logik juga kalau ilmu kebatinan yang dimiliki oleh raja Melayu tidak dipelajari oleh rakyat kebanyakan. Cuba bayangkan kalau ilmu tersebut disebarkan kepada rakyat kebanyakan, pasti semua nak jadi raja. Dan pasti keadaan negara tidak akan aman dan stabil. Sebagai contoh, anggap ilmu kebatinan raja itu umpama bom nuklear, cuba bayangkan bom nuklear jatuh ke tangan orang yang salah seperti pengganas. Pasti keputusan amat dahsyat bukan. Sebab itu Raja berfungsi untuk pelindung bangsa dan pemimpin rakyat. Memang tidak di nafikan ada juga raja yang leka dan lalai. Fikirkanlah

    ReplyDelete
  7. Salam Editor. Sebenarnya, pada waktu itu, YAA Raja Tun Azlan bergelar Raja Kechil Besar sebelum Sultan Idris Shah mangkat. Sebab itulah Baginda bergelar YAA Ketua Hakim dan DYTM Raja Muda kerana Raja Baharom, kekanda seibu sebapa Baginda menolak tawaran Raja Muda kerana lanjut usia.

    ReplyDelete