Sunday 9 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (3)

Datuk Seri Ramli Ngah Talib samasekali tidak terfikir jika Raja Azlan dinobat sebagai Sultan, apakah beliau akan diterima oleh Jin Pendaulat Istana yang bernama Megat Chandin untuk bersemayam di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Bagaimanapun, Ramli Ngah Talib terpaksa mendukung restu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang membuat perancangan supaya Raja Azlan ditabal sebagai Sultan dan dipersetujui oleh Majlis Dewan Negara Perak.

Antara Ku Ann dengan Raja Azlan, mereka mempunyai kaitan sebagai saudara sepupu tapi berlainan darah daging. Ku Ann berdarah raja manakala Raja Azlan pula anak orang biasa. Nama asalnya ialah Mohd. Hattan bin Hashim dan ibunya berbangsa Siam kurang fasih berbahasa Melayu ketika itu.

Selepas beberapa hari dilahirkan, Mohd. Hattan dibawa ke Batu Gajah pada 19 April 1928 atas bantuan sahabat karib Allayarham Alang Jaafar. Nama Mohd. Hattan telah dipinda kepada nama Raja Azlan Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah. Nama ini difikirkan sesuai oleh  Almarhumah Khatijah Ahmad kerana ada persamaan dengan nama Raja Baharom Shah anak sebenar.

Pembetulan dan pengubahsuaian yang menggunakan nama baginda tidak diketahui oleh Al Marhum. Ketika itu amat mudah untuk berbuat sesuatu urusan tanpa kawalan dengan perundangan yang belum terjamin. Tambahan pula Pejabat Pendaftaran masih kecil dan tidak ramai orang yang datang berurusan.

Almarhumah Khatijah tidak mempunyai ramai anak walaupun tiga kali berkahwin. AlMarhumah mempunyai seorang anak bernama Abdul Ghani (Allahyarham) hasil dari perkahwinan pertama. Suami kedua pula ialah Almarhum Raja Yusof Izuddin Shah yang menghasilkan Raja Baharom Shah. Kali ketiga, Almarhumah Khatijah berkahwin dengan Datuk Tak Haji Daud yang pada masa itu bertugas sebagai Penolong Pengarah Pertanian Negeri Perak tetapi tidak mempunyai anak. Pada masa itu, Datuk Tak sudah pun mempunyai dua orang isteri dan ramai anak.

Mengikut salasilah keturunan Kesultanan Perak, Ku Ann merupakan waris yang paling layak untuk menduduki takhta, tetapi hak itu telah dirampas oleh Raja Azlan yang lebih mahir bermain dengan undang-undang. Ku Ann adalah waris keturunan raja, manakala Raja Azlan hanyalah anak angkat dari keturunan Siam.

Dalam salasilah keturunan asal, ianya melarang sesiapapun daripada mengubahsuai atau meminda salasilah untuk tujuan merampas hak atau mengaburkan keturunan sebenar.

Ku Ann memang ada hak warisan kerajaan negeri Perak. Pemerintahan Kerajaan Negeri Perak sekarang ini telah menggubal pindaan perlembagaan yang menjadikan Ku Ann tersisih dari istana dan juga harta warisan diraja. Pindaan Perlembagaan Perak telahpun ditandatangani oleh yang Dipertuan Agong dan Menteri Besar Perak serta disokong pula oleh orang-orang kenamaan. Maka dengan itu, musnahlah segala warisan keturunan Ku Ann setelah di isytiharkan beberapa tahun lalu oleh Sultan Azlan kepada kerabat-kerabat diraja Negeri Perak.

Sultan Azlan boleh menerima Ku Ann tetapi sebagai rakyat biasa dengan syarat Ku Ann tidak boleh meminta apa-apa. Sultan Azlan juga tidak akan melayan segala permohonan yang dibuat oleh Ku Ann dan dengan itu, Ku Ann telah bersedia untuk menyaman Kerajaan dan Dewan Negara Negeri Perak kerana membuat keputusan yang dianggap tidak sah tanpa mengikut Etika Raja-Raja Melayu asal sebelum tahun 1900.

Sesudah dinobat menjadi Sultan Perak ke 34, sesuatu telah menimpa Raja Azlan dan keluarganya. Berlakulah kejadian aneh yang amat menakutkan baginda berdua suami isteri. Apabila terjaga keesokan harinya selepas bermalam buat kali pertamanya di Istana Iskandariah, Raja Azlan mendapati dirinya bukan tidur diatas katil didalam bilik, tetapi berada diatas rumput dihalaman istana setelah Jin Pendaulat Megat Chandin memindahkan baginda keluar kerana baginda bukanlah anak raja sebenar.

Begitu juga dengan Toh Puan Bainun Mohd Ali telah diletakkan dalam kamar mandi sehingga pintunya tidak dapat dibuka. Demikian yang menimpa keatas pasangan diraja yang telah diketahui umum bukan raja sebenar. Kebanyakan rakyat tahu cerita ini ketawa dan mengumpat dari mana datangnya Raja Azlan tiba-tiba dinobat sebagai sultan.

Sehari selepas kejadian aneh yang menakutkan itu, Datuk Seri Ramli Ngah Talib dipanggil mengadap segera. Ramli Ngah Talib telah diarahkan untuk menyediakan sebuah rumah lain yang sesuai dijadikan Istana Rasmi. Secara kebetulan, ketika itu ada sebuah rumah banglo besar satu tingkat milik kerajaan sedang kososng selepas perpindahan Pegawai Kanan dan rumah tersebut digunakan dulu sementara kerja-kerja pengubahsuaian dibuat.

Rumah tersebut terletak di Jalan Kinta, Ipoh dan akhirnya kerja-kerja ubahsuai telah siap yang kemudiannya dinamakan "Istana Kinta" sebagai kediaman rasmi Sultan Azlan yang tidak berdaulat.

Istana Iskandariah Kuala Kangsar akhirnya dibiarkan begitu saja tanpa penghuni setelah pasangan Diraja tersebut cabut lari kerana dikejutkan dengan kejadian aneh yang tidak diundang datang. Istana Hinggap Bukit Gantang, Taiping juga dirobohkan atas perintah Sultan Azlan untuk melenyapkan sejarah hidunya semasa kecil.

Sekarang, rakyat sudah mengetahui mengapakah Sultan Azlan dan keluarga diraja tidak pernah lagi bermalam di istana Iskandariah. Mereka akan hadir untuk upacara rasmi kerajaan dan pulang ke Istana Kinta, kerana Jin Megat Chandin Istana Iskandariah tidak akan membenarkan Sultan Azlan bermalam disana.

bersambung....

23 comments:

  1. Salam..

    Yang saya dengar dari mulut orang-orang tua lain pula..Hanya Tuanku Bainun yang diletakkan di atas rumput..bukan sultan Azlan Shah.Ini membuktikan Sultan Azlan Shah keturunan Sultan Perak.

    Jikalau Jin Pendaulat Megat Chandin itu tahu siapa keturunan sebenar Sultan Perak, lebih baik kita bertanyakan kepada Jin tersebut.

    Anda berani atau tidak bersemuka dengan Jin Megat Chandin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape la yg xde keje nk g ngadap jin tu..
      kalo jin tu btol la taw bnyk2 bnda, alang2 tu tnye skali ke mane waris sultan melaka.. mna la taw kot2 sbenar nye aku ni waris sultan melaka ke kannnnnn.. syok gak tu.. hahaha..

      Delete
    2. Berani.. Kenapa nak takut nak jumpa megat chandin tu.. Klu betul2 die tahu siapakah empunya tahta.. Tiada lah yg rakyat biasa pun nak mengakui diri nya raja..

      Delete
  2. Ku Ann tu anak siapa? ibu bapa sebenar Ku Ann siapa?

    ReplyDelete
  3. Ehhh....dr mulut2 org isterinya yg tidak brdarah diraja.... Urmmmm... Tp kata org2 tua istana tu mmg kuat daulat nya....

    ReplyDelete
  4. Klo xder sumber sahih xpyh la post2 bende2 mcm nie.wt dose jer

    ReplyDelete
  5. Ini cerita sebenar dan telah berlaku. Jangan dok merapu kalu tak tau. Rampasan kuasa ni terjadi kerana orang nya cerdik pandai, gila kuasa, tamak dan campur tangan orang2 tertentu.Sila turun ke Perak dan bertanya kaum kerabat anda akan dapat ceritanya. Kalau tak betul penulis blog ni dah lame kena saman selain tu ramai lagi penulis blog yang dok jaja kisah ni malah dalam youtube pun ada. Kesultanan Kelantan yang sekarang ni pun hampir2 terjadi rampasan kuasa walaupun dalam bentuk yang berbeza. Teman bukan orang Perak tapi dah lame dok Perak. Anda tahu sejarah kesultanan Johor sekarang ni? Maklumat di hujung jari anda...

    ReplyDelete
  6. saya terjumpa ni

    http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2012/09/azlan-shah-dynasty-part-iii-dinasti.html

    ReplyDelete
  7. Dok perak lame tp xreti hormat org baek berambus jek.rampasan kuasa?tamak? Kalo rs statement blog ni benar..sile la mengadap pjbt sultan perak.berani kan krn benar...pis yo..

    ReplyDelete
  8. kesian melayu yg x habis2 dgn perebutan kuasa. yg batu api memang suka sgt la.padahal sungai temong pn x pernah jejak.pui!! sembang dia sorg jek pandai bab sultan,salasilah,asal usul bagai.kencing kuat.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Sultan Azlan Shah mula dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu pada tahun 1962 semasa pemerintahan ayahandanya, Sultan Yusuf Izzudin. Apabila Sultan Idris Shah II menaiki takhta pada tahun 1963, Sultan Azlan dilantik menjadi Raja Kechil Tengah; dan seterusnya Raja Kechil Besar pada tahun 1978 apabila kekandanya Raja Dihilir Ekram meninggal dunia. Baginda melangkau satu tangga menjadi Raja Muda pada tahun 1983 kerana Raja Dihilir Ahmad Hisham memberi laluan kerana masalah kesihatan. Jadi, tidak timbul disini soal Raja Azlan Shah melangkau terus 5 tangga untuk menjadi Sultan Perak.

    ReplyDelete
  11. Teman duk depan istana iskandariah.. udoh bertahun teman duduk berjiran dgn istana kosong. Yg ada tukang kebun..pengawal dan tukan masak... mmg benar raja tak dpt tinggal diistana.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera
    Asal keturunan sultan perak bermula dr siam tk silap bertempat di narathiwat
    Dipendekkan crita ade 2 adik beradik yg datang ke tanah melayu selepas perebutan
    Tahta dan selepas itu mereka kluar dr siam dlm perjalanan mereka ditimpa musibah jatuh dalam laut,salah seorang dr mereka diselamatkan oleh ikan kacang@barracuda iaitu sri temenggong kelantan.sbb tu ada keturunan yg tk boleh makan ikan kacang,sbb mereka dr darah raja,siapakah sultan ahmad mulut merah,apa kaitan rama2 dan buaya yg ada tanda kuning dibawah badan,banyak kisah yg tersirat sampai skrng ada yg tidak mengetahui.
    Apakah ada cerita disebalik cerita,siapakah pengasas sri mok yong,apakah pertalian sri
    Temenggong kelantan dahulu dgn kesultanan perak.siapakah keturunan mereka sejak dr dulu sehingga sekarang,nak bercerita pnjng pown susah nak karang.salah silap harap dimaafkan.assalammualaikum w.b.t

    ReplyDelete
  13. salam, insyallah paranormal iman endau boleh merungkai dan seterusnya bersemayamlah sultan nazrin d iatana iskandariah.. perjanjian baru perlu dbuat di antara jin pendaulat dan sultan nazrin. sekiranya tiada usaha dlakukan maka padang jarak padang tekukur jadinya dan tidak boleh diusik langsung. insyallah dgn izin Allah. hubungi paranormal iman endau 0176073938 patek hanya rakyat biasa bersedia berkhidmat

    ReplyDelete
  14. Ilmu mengatasi segalanya.. Maka demikian betul lah bagai dikata

    ReplyDelete
  15. Jika benar Ku Ann waris yg mutlak pd Kesultanan Perak, beliau atau warisnya perlu membawa ke mahkamah tinggi. Sekiranya Mahkamah Tinggi tak layan boleh di bawa ke Mahkamah Tribunal Antarabangsa

    ReplyDelete
  16. Mana mahu nya...Anak raja di Perak tak pakai Tunku..Tunku hanya di negeri Kedah..

    ReplyDelete
  17. Nama Ku Ann sebenar Tunku Amran Bin Tunku Mohamad...saya pernah berjumpa dan bersembang dgn Ku Ann...beliau beritahu bahawasanya beliau keturunan Sultan Iskandar Muda ( Sultan Perak ke 17)..yang menjadi masalahnya beliau tiada salahsilah lengkap dan setahu saya Sultan Iskandar tiada waris lelaki...tahta beliau pun diambil alih oleh Sultan Ahmaddin Sultan ke 18..Sultan Ahmaddin ini adinda kepada Sultan Iskandar Muda...jadi kalau nak tahu melalui Sultan Ahmaddin ini lah lahir waris2 yg Sah dari baka lelaki...Sultan Ali, Sultan Shahabudin ,Sultan Ngah Jaffar dan Sultan Ismail datang dari baka perempuan keturunan Sultan Ahmaddin...manakala Sultan Abdul Malik,Sultan Abdullah Muhammed Shah 1 dan Sultan Lop Yusof @ Sultan Yusof Sharifuddin ada lah baka sah dari baka lelaki...semasa pemerintahan Sultan Yusof Sharifuddin...Raja Sulaiman adinda beliau ada lah bergelar Raja Dihilir atau Raja Muda...Sultan Yusof Sharifuddin tidak punyai zuriat lelaki hanya mempunyai 2 org puteri...salah seorg puteri beliau bernikah dengan Benderhara beliau iaitu Sultan Ideris 1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  18. ytjt.ada gk ckp bainun j tido kt lua tp bkn ats rumput dekat atas kerusi.ye sebab tu dorang dok bangsar istana tu bia kosong.xnk cite lbh bahaya .sultan melaka tu pon asal gk ada cite dia.bnyk lagi cite sultan negeri lain pon.kang tulis pnjg soh lukis lak jakg an

    ReplyDelete