Wednesday 12 September 2012

Misteri Sultan Azlan Shah (6)

Dimana letaknya hukum hakam dari pengertian Mazhab Imam Shafie yang meriwayatkan harta peninggalan atau pusaka keturunan berupa apa sekalipun, hendaklah diwarisi oleh keturunan asasl dan ianya tidak boleh diambil alih oleh mana-mana pihak yang tidak ada kaitan dengan keturunan tersebut, demikian perintah Allah Subhanahu wataala kepada umatnya.

Dalam senario ini disebut Sultan Azlan Shah atau nama asalnya Mohd. Hattan bin Hashim berupa seorang anak angkat kepada Almarhumah Puan Khatijah Ahmad yang diambil dari umur setahun jagung oleh Almarhumah bekas isteri keempat kepada Raja Yusof Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857 dan bukannya dari zuriat keturunan yang boleh diberi hak kepadanya.

Raja Amran Raja Mohammad Shah

Saya perkatakan Dewan Negara Perak telah tersalah pilih atau sengaja membelakangkan Artikal Raja-Raja Melayu asal dengan menobatkan Raja Azlan Shah atau Mohd. Hattan bin Hashim sebagai pengganti Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tidak sepatutnya dibuat oleh Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib atas sokongan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahahthir Mohamad. Ini berlaku berdasarkan Tan Sri Ramli Ngah Talib sepelajar dengan Raja Azlan Shah semasa di London mengambil jurusan perundangan yang boleh dianggap mereka mengenali antara satu sama lain sebagai sahabat rapat.

Kerana itu Tan Sri Ramli Ngah Talib tidak perlu mencari pewaris lain untuk dinobatkan sebagai Sultan walaupun beliau mengetahui Raja Azlan Shah bukan anak raja sebenar cuma mengguna pakai nama dan di binkan atas nama baginda Raja Yusof Izuddin Shah tanpa direstui oleh baginda sendiri.

Antara saya dengan Raja Azlan Shah adalah saudara berlainan darah dan sama-sama dipelihara oleh Almarhumah dan tinggal dalam satu bumbung. Saya berdarah raja dan Raja Azlan pula anak orang biasa yang mana kedua ibubapanya pernah bekerja di Istana Hinggap Bukit Gantang Taiping suatu ketika dahulu. Dari sana Raja Azlan diambil atas restu kedua orang tuanya untuk dijadikan anak angkat yang ketika itu Almarhumah mempunyai seorang putera bernama Raja Baharom Shah hasil perkongsian perkahwinan Almarhumah Puan Khatijah Ahmad dengan Almarhum Raja Yusof Izuddin Shah memandangkan ketika itu Raja Baharom Shah sedang mengidap penyakit kurang siuman.

Pada tahun 2004 selepas saya kembali dari Indonesia, saya telah mengemukakan tuntutan hak sebagai pewaris Kesultanan Perak menerusi Istana, Dewan Negara dan seterusnya ke Majlis Raja-Raja Melayu Malaysia tetapi tidak pernah berjawab, rayuan demi rayuan telah dibuat tetapi tidak juga dijawab. Laporan polis juga telah dibuat bagi mendapatkan semula hak saya sebagai seorang pewaris kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al Mukhataram Shah (Iskandar Muda).

Sehingga kini pihak istana berdiam diri dan saya terpaksa mengeluarkan kenyataan menerusi media massa seperti Berita Harian dan akhbar Kosmo yang memaklumkan saya masih hidup bukannya sudah mati seperti yang pernah dilaporkan oleh Raja Azlan Shah selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah pada tahun 1984 sebelum Raja Azlan dinobatkan sebagai Sultan.

Apabila kenyataan ini dihebahkan menerusi media massa berulangkali, pihak istana diarah oleh Sultan membuat sekatan terhadap saya dengan memberi sogokan yang tidak diketahui berupa apa. Peguam-peguam dalam sekitar Kuala Lumpur juga telah diberi peringatan supaya tidak menerima saya sebagai pelanggan bertujuan untuk membuat tuntutan selain menggunakan khidmat bomoh dan pawang-pawang untuk membinasakan sehingga saya mendapat sakit yang begitu berat selain menghantar orang-orang upahan mencari saya tujuan mahu menghapuskan saya dari muka bumi.

Tak dapat membinasakan saya, anak buah saya Raja Izuddin Shah pula menjadi mangsa penganiayaan pihak istana menerusi beberapa kroni dengan membuat sesuatu yang boleh saya kira boleh menghapuskan seluruh keturunan saya dengan apa cara sekalipun tujuan menghidupkan generasi keturunan baginda, dimana letaknya keadilan?

Mengapa dalam semakan kehakiman Mahkamah Tinggi oleh Yang Arif Hakim Dato abdul Kadir Musa tidak menjelaskan artikel sebenar mengikut undang-undang berbentuk restropektif yakni yang boleh berkuatkuasa kebelakang dan ianya boleh digunapakai sekiranya ia hanya untuk prosedur dan pemakaian sama sekali tidak sah jika ianya untuk substantiation kerana ia didapati bertentangan dengan "Law of Natural justice and Equity".

Oleh sebab itu saya mempersoalkan nasib diri saya serta keturunan sealiran iaitu Raja Izuddin Shah sebagai penerima nasib sama yang telah teraniaya oleh tindak tanduk sekumpulan kroni Sultan Azlan Shah termasuk Dato Seri Tajol Rosli, Menteri Besar, Dato Ayop Hashim dan Dato Raja Mansor Raja Razman yang diketahui telah memaksa Raja Izuddin Shah meletak jawatan sebagai Raja Kecil besar pada 12 Oktober 2006 dengan alasan bankrup setelah 20 tahun menduduki tangga pewaris dengan menawarkan ganjaran RM15,000 sebulan mulai tahun 2008.

Ini saya kira suatu keputusan yang dianggap membalas dendam oleh Dato Seri Tajol Rosli terhadap keputusan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah pada tahun 1963 yang telah membuang bekas Menteri Besar Perak Dato Haji Ghazali Jawi daripada jawatanya. Setelah menganalisis setiap butiran yang dimuatkan kedalam internet disamping mengkaji setiap fakta yang menjadi tercetusnya suatu perbuatan menganiaya sehingga terlucutnya kedudukan anak buah saya yang tidak sepatutnya diperlakukan terhadap dirinya yang saya anggap suatu pakatan berupa hasutan dan sebagainya dengan menggunakan Sultan Azlan Shah sebagai penentu telah membuat suatu keputusan tanpa mengambilkira soal maruah seorang kerabat diraja dari keturunan berdaulat yang tidak sepatutnya diperlakukan diluar bidang kuasa tubuh kerajaan tanpa mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli majlis yang saya kira ia sudah dilindungi oleh kekebalan raja-raja melayu semenjak dahulu lagi.

Andaian yang saya buat pula mengapa Dewan Negara Negeri Perak tidak melucutkan gelaran Sultan yang disandang oleh Raja Azlan Shah kerana baginda bukan dari keturunan raja sebenar. Ini perlu saya perkatakan ibu saudara saya, Almarhumah Puan Khatijah Ahmad semasa menjadi isteri keempat kepada almarhum sultan Yusof Izuddin Shah telah mengambil Mohd. Hattan bin Hashim menjadi anak angkat dengan diberi nama Raja Azlan Shah yang difikirkanya ada bersama dengan nama Raja Baharom Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah.

Saya mempersoalkan dimana tanggungjawab Dewan Negara Perak yang diamanahkan oleh rakyat bagi melaksanakan pentadbiran dengan baik dan sempurna dan bukan tujuan yang boleh menggugat nama baik seluruh Negeri Perak. Kini segala-galanya sudah menjadi bibit-bibit pertanyaan seluruh rakyat yang ingin mengetahui apa yang berlaku dalam negeri masa kini seperti yang rakyat mengetahui dalam internet.

Berdasarkan maklumat yang tersebut, saya harap pihak Badan Pencegah Rasuah harus tampil membuat siasatan terhadap dewan Negara Negeri Perak dan Dato Raja Mansor Raja Razman Hashim, Setiausaha dewan Negara Negeri Perak dan Dato Raja Mansor Raja razman, Pengelola Diraja yang dianggap terbabit dengan perlucutan Raja Kecil besar yang disandang oleh anak buah saya Raja Izuddin Shah selain menafikan hak saya sebagai anak raja berdaulat dari keturunan Sultan Abdul Jalil Nasiruddin al Mukhtaram Shah (Iskandar Muda)

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tg. Amran Tg. Mohammad Shah.
Yang DiPertuan
Raja Alam Minangkabau.






65 comments:

  1. Uncle,

    Tahu tak nama anak angkat sultan bernama Aminah binti Abdullah. Membesar bersama Norizan (bekas isteri P Ramlee) Kalau dapat gali menarik gak tu....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Untuk Pengetahuan Semua: Sebenarnya, Semua raja-raja Melayu yang akan diWariskan Takhta kepada mereka Tidak dikenali semasa kecilnya secara terperinci oleh kerabat2 jauh dan kebanyakan masyarakat golongan Kebanyakan, KERANA yang sebenarnya Raja Tidak akan dan Tidak Boleh mengaku Raja, kerana Susur-galur "Linage" ini adalah Amanah yg dipegang dan diPelihara oleh yg "diPertua-diPertua" dlm kalangan raja-raja yang Awal.

    Kedudukan mereka sebagai Raja Tersembunyi hingga tiba masa yang sesuai. Warisan Takhta semasa akan memelihara "anak kerabat" sebagai anak angkat. Anak sendiri diangkat oleh orang lain.

    Jadi raja-raja Melayu yg BENAR "Linage"nya adalah diPELIHARA, diDIDIK dan diBESARkan oleh orang2 kampung atau golongan orang kebanyakan yang terpilih berdasarkan keSetiaan mereka kepada Amanah Nenek Moyang utk bersama-sama menjaga dan menguruskan Bumi Pertiwi.. Jadi nama raja-raja ini diTukar kpd nama-nama org Kebanyakan Melayu. DiBinkan dgn nama bapa angkat atas keredhaan “diPertua-diPertua”.

    Pada Zaman dahulu, Urusan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian berada langsung dibawah pentadbiran “diPertua-diPertua” ini, sehingga British mengambil alih kerja-kerja urusan yang sama untuk orang-orang kebanyakan. Satu Contoh: Mohd Hattan Bin Hashim <= Siapa kah ini ?..

    Hanya "diPertua-DiPertua" dlm Kalangan raja-raja yg sebelumnya sahaja yang Tahu Siapa Mereka sebenarnya, Setelah mereka memBesar sehingga umur yg Sesuai maka mereka diKembalikan ke Pangkuan Keluarga sebenar dgn membawa bersama pengalaman Hidup yg mereka pelajari dari Keluarga Angkat mereka iaitu orang-orang kampung atau masyarakat golongan kebanyakan yg faham akan Amanah yg diperturunkan dari Nenek Moyang ini.

    Tujuan Penyamaran/Persembunyian ini adalah satu USAHA untuk

    1) Mengelak apa2 bentuk Bahaya yang boleh/berkemungkinan berlaku/dilakukan keatas "raja-raja' ini semasa kecil mereka oleh pihak2 yang dengki kerena pendengki-pendengki juga hidup bersama mereka atau adanya tanda-tanda keDengkian yg merBahaya kepada Keturunan sebenar Raja-raja berdaulat.

    2) Belajar Hidup dan berGaul seperti Rakyat biasa (Raja BerJiwa Rakyat), makan, minum, beradab, bersekolah, bermain, ke Universiti dan sebagainya TANPA mereka Sendiri Sedar yg mereka sebenarmya adalah Pewaris Takhta yg Sebenar.

    3) Pembinaan watak yang baik. kerana Membesar dlm keadaan mengetahui diri sendiri adalah Raja Pewaris Takhta berkemungkinan besar akan menjadikan seseorang menjadi Malas utk Belajar, Malas berusaha utk Hidup, Bongkak, Sombong dan sebagainya. Jadi, Identiti sebenar mereka disembunyikan sejak kecil oleh orang-orang yg mengenali mereka.

    Setelah kembali kepangkuan Keluarga yg Sebenar iaitu Keluarga diRaja, mereka Belajar Adat dan Adab sebagai seorang Raja, Sebagai orang Kampung pun mereka ada Pengalaman Hidup. Mereka akan dapatkan kembali nama/gelaran Asal, iaitu identity mereka diperkenalkan semula sebagai Raja Pewaris Takhta dan diTukar nama mereka Kembali kepada nama sebenar mereka dan akhirnya ditabalkan sebagai Pewaris Takhta secara Resmi.

    Namun begitu mereka tetap mengenali keluarga angkat mereka yang menjaga mereka seperti anak sendiri. Sakit, demam, Sihat, gembira adalah bersama orang kampung atau orang kebanyakkan yang telah membesarkan mereka. Menjadikan mereka meiliki pertimbangan yang lebih adil bila memegang jawatan Raja pewaris Takhta.

    Begitulah adanya..Siapa pun Tak Boleh Mengaku Raja main suka hati je.. Raja tetap Raja..Ada saksi-saksi yang menyaksikan kehidupan mereka. Pewaris Takhta menjadi Anak Angkat orang kebanyakan utk keselamatan Diri dan Pengalaman Hidup melahirkan Raja yg BerJiwa Rakyat... Daulat Tuanku

    Wallahu'Alam.

    Sekian Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Learnt) apa bukti yang mengsahihkan kenyataan tuan tentang yang dia atas?
      jika benar ank raja di beri kluarga angkat semasa kecil dgn di rahsia kan identiti diri mereka dri sekalian rakyat, seperti contoh mohd hattan bin hashim. mustahil raja yusoff izzuddin shah tidak mengetahui yang raja azlan tersebut ank beliau dan tidak tahu di mne ank nya di beri kan kluarga ankat?? dan mengapa pula raja yusoff tidak tau mnau yg konon nya ank beliau sendiri di bin kan nama beliau sndiri?? kenyataan tuan nih bnyak soalan yg x munasabah dri jawapan yg dicari?? dan lgi satu..setiap kerabat mempunyai kaitan dengan 7 jin kerajaan beting beras basah yg menjga daulat setiap raja2 melayu.. musatahil seorg sultan yg berkait dengan 7 jin kerajaan tidak mengetahui ank nya sendiri.. boleh saya tau dri sumber mne tuan mendapat kan kenyataan yg tuan terang kan di atas?? mcm pelik je fakta tuan??

      Delete
    2. Kedengarannya, macam tuan tak tahu apa-apa melainkan andaian-andaian tuan sahaja selama ini..dan orang yang mempertikai maklumat yang diberi di atas adalah orang yang tak tahu apa-apa pun melainkan mempercayai cerita rekaan orang-orang yang dengki kepada nikmat yang ada pada Raja-Raja Melayu . Adakah tuan tidak baca habis maklumat di atas atau tuan tidak faham maklumat termaklum ? Bila pula dinyatakan Sultan tidak mengenali anaknya sendiri ? Sultan-Sultan yang berada di atas Takhta lebih maklum akan strategy menjaga waris, lebih-lebih lagi pada Zaman Raja-Raja Melayu berkuasa penuh, di mana Takhta menjadi rebutan dalam kalangan saudara-mara sendiri. Bila pula dinyatakan Sultan tidak mengenali anaknya sendiri ? Untuk pengetahuan tuan..Aktiviti Pendaftaran kelahiran dan kematian serta Nikah-Rujuk-Cerai pada Zaman termaklum di bawah naungan Sultan sendiri secara langsung?? Bila pula dinyatakan Sultan tidak mengenali anaknya sendiri ? Sila Baca betul-betul sebelum memberi apa-apa komen..
      -
      Apa yang tuan tahu pasal daulat..sampai mengaitkan dengan Jin ? Cuba tuan huraikan ? Tuan Tahu Tak yang Mior-Mior juga ada Daulatnya ? Cuba tuan huraikan apa makna Daulat, dan macamana kita boleh membuktikannya ?
      -
      Wassalam

      Delete
    3. Cuba tuan siasat pusara ditepi tasik raban sbb hanya seorang yg tahu yg ada dikmpung trsebut iaitu di kmpung kuak..nama beliau ibrahim yusof yg mndapat darjah kerabat diraja perak

      Delete
    4. alhamdullillah ..semoga urusan yg diawali akan keakhiran aamin

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. klau tuan bace dari mula misteri sultan azlan shah dri part satu, tuan akan dapat tau yang DYMM raja yusoff izzudin shah tidak tau menaupun tntang raja azlan di bin kan oleh nama beliau. yg bertanggungjawab meletak kan nama sultan azlan shah berbinkan DYMM raja yusoff izzudin shah ialah puan khatijah isteri ke-empat kepada DYMM Almarhum raja yusoff izzudin shah. dan klau tuan bce btol2 dri mula smpai hbis, tuan akan dapati yg puan khatijah isteri ke-empat kepada DYMM Almarhum raja yusoff izzudin shah, ada menulis surat menyatakan yang sebenarnya sultan azlan shah ialah ank ankad kepada DYMM Almarhum raja yusoff izzudin shah. sperti yg tuan nyatakan di atas, aktiviti pendaftaran kelahiran dan kematian serta nikah, rujuk, cerai pada zaman yersebut termaklum dibawah naungan sultan sendiri secara lngsung. jadi persoalannya sekarang, mcm mne isu nama sultan azlan shah berbinkan kepada DYMM Almarhum raja yusoff izzudin shah tidak di ketahui oleh DYMM Almarhum raja yusoff izzudin shah sendiri boleh terbangkit dalam misteri sultan azlan shah?? saya tak akan ambil tindakan dengan membalas komen tuan jika saya tidak tahu tntng fakta dan hal-hal yg berlaku dibalik istana tentang kesultanan perak dan siapa sebenar sultan azlan shah.

    Berkenaan tntang pengetahuan saya mengenai jin pendaulat raja-raja melayu di beting beras basah tersebut. bukanlah mnjadi keperluan saya utk mnjawapnya.

    Mengenai daulat pula, mungkin sekalian umum mengetahui bahawa, kesemua raja-raja melayu mempunyai hubung kaitnya dengan 7 jin kerajaan yg berpusat di beting beras basah.

    Daulat merupakan kelebihan dan kekuasaan seseorang sultan yg dijalankan oleh jin pendaulat raja-raja melayu. yang di ketui oleh datuk seri mahkota maharaja si raja jin. Dan untuk seseorang sultan mndapatkan daulat dri jin pendaulat raja-raja melayu, seseorang bakal sultan (perak) harus mnjalani proses pertabalan ghaib mengikut istiadat dan perjanjian asal yang telah dibuat oleh sultan pertama perak, iaitu sultan muzaffar shahI. seperti istiadat bersiram tabal, menjejakkan kaki di atas pasir laut beting beras basah dalam keadaan air surut, ini dinamakan pertabalan ghaib atau tabal istiadat yg dilakukan di beting beras basah, yg di lihat di dalam kaca tv di gelar istiadat pertabalan nyata, yang di saksikan oleh selurah rakyat malaysia melalui kaca tv.

    Mmg benar mior juga ada daulat nya, mior berasal dari keturunan syed, sebelum tu, biar saya terang kan sedikit tentang perbezaan syed dan saidina supaya tidak mnjadi celaru dan mnjadi tnda tnya pada komen tuan yang seterusnya utk pernyataan saya kali ini. saidina adalah waris yg bernasabkan dri rasulullah, dan tidak mempunyai kaitan dgn keturunan syed diraja, syed diraja pula asalnya adalah dri dua beradik ank kepada seorg raja yg berebutkan takhta bapanya sebagai seorang sultan, dlam pergaduhan antara dua beradik tersebut, pada akhirnya pihak si abang mngalah dan memberi laluan kepada si adik utk menaiki takhta bapanya, yang si abang pula merajuk kan diri kluar dri istana dan dan membuangkan diri nya dari kerabat, dia telah bersumpah tidak akan menuntut atau berminat utk tau tntng kerabat, dan sejak itu dia mnggelarkan dirinya sebagai syed, itu yg digelar syed kerabat diraja sebagai 'kerabat terbuang' kerana si abang yg membuang diri nya sndiri dri kerabat.

    mcm mne kte boleh buktikan nya?? hanya kerabat sahaja yg tau dan dpat membuktikan nya. mcm mne saya tau?? bkan keperluan saya utk memberi tahu.

    saya minta maaf pada komen pertama saya yg agak biadap di atas peryataan kedua tuan diatas, seperti yg saya kta, hnya kerabat yg tahu dan mampu membuktikanya, tetapi jika di tnya pada kerabat pun tntg hal ini, mereka sendiri tidak akan membuka mulut, kerana bukan kpentingan kepada si bertanya utk si kerabat memeberi tahu.

    wallahu'alam

    assalamu'alaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat betapa ada keDENGKIan dalam kalangan kerabat diRaja Kesultanan Melayu Perak terhadap DYMM Sultan Yusof Izzuddin Shah semasa baginda masih hidup dan masih berDENGKI walaupun baginda sudah lama mangkat. - Cerita tuan membuktikan kemungkinan besar KEDENGKIAN adalah kerana bertambahnya kekayaan Sultan Yusof Izzudin Shah yang besar semasa adanya campur-tangan Inggeris yang mantap pada zaman baginda. Jadi mereka, pendengki2 cuba memastikan X ADA lagi kekayaan diwarisi oleh keturunan sebenar Sultan Yusof Izzudddin Shah, yakni pewarisan takhta termasuk harta berpindah kepada susur-galur sebelah seperti anak suadara, sepupu & sebagainya, atau X diwarisi langsung dan diagihkan kepada semua orang yang X bersangkutan.
      -
      Jadi, adakah tuan maksudkan dalam jawaban tuan, bahawasanya Al-Marhum Sultan Azlan Shah, menjawat jawatan Sultan Perak secara TIDAK SAH ??? - Cara pembawaan Cerita menunjukkan tuan BUKAN kerabat diRaja Perak yang berjawatan tradisional turun-temurun, atau dari mana2 keturunan susur-galur yang bekerja mencatatkan Nikah-kahwin, Cerai, kelahiran, kematian, punca rezeki & sebagainya, iaitu pekerjaan berdasarkan Amanah yang ada pendapatannya sejak dahulu.
      -
      Tuan juga X menjawab soalan saya, iaitu "Cuba tuan huraikan apa makna Daulat, dan macamana kita boleh membuktikannya ?"..Macamana untuk membuktikan Daulat ? Tuan X menjawab. Semua pembaca yang matang boleh menjatuhkan hukum, tuan sebenarnya X TAHU pun macamana nak membuktikan Daulat !!
      -
      Memang benar Daulat Raja-Raja Melayu bersangkutan dengan Kerajaan Jin, saya TIDAK menafikannya. Alhamdulillahu Rabul 'Alameen ! Segala Puji Bagi Allah RAJA Sekalian Alam. Masih ada lagi hamba-hamba Allah yang mengamati hubungan ini.
      -
      Baiklah, biar saya maklumkan tuan dan semua pembaca lain yang X tahu macamana kita boleh buktikan Daulat Raja-Raja Melayu (serta Raja-Raja Sangkut & DiSangkutkan). Ingatlah, SAYA (mdjefry5273@gmail.com) YANG AJAR TUAN UNTUK MEMBUKTIKAN DAULAT, pembaca-pembaca blog ini dan Allah serta para Malaikat & Jin Islam menjadi SAKSI-SAKSI pengajaran yang saya berikan dalam blog ini. Saya lakukan ini kerana Allah, supaya tuan tidak lagi terkeliru yang boleh membawa kepada tuan terus menghimpun dosa-dosa besar kerana menuduh orang lain jahat tanpa bukti.- Pembuktian Daulat: Tuan boleh fahamkah? yang Adat istiadat sendiri yang dijalankan untuk menabalkan Sultan Perak itu sendiri boleh membuktikan DAULAT ? Adat-Istiadat termaklum (seperimana yang tuan sendiri telah huraikan di atas) adalah satu bentuk "Usaha Hubungan" yang MAMPU memBUKTIkan samada orang-orang yang diangkat menjadi Sultan Perak, memang WARIS TAKHTA yang sebenar atau X, berHAK menjadi Sultan Perak atau X.
      -
      Jangan dipedulikan cerita2 tersebar di Luar sana pasal Si Azlan Shah. anak angkatlah , anak pungutlah, anak X sah taraflah, itula inila macam2 Bla Blu bla blu macam2. Itu semua taktik2 menjaga KESELAMATAN PEWARIS SAH shj, yang membuatkan pendengki2 terkena, malu diri sendiri, mempercayainya cerita karut sebagai benar adalah satu kejahilan, yang di tiru2 oleh orang2 luar mau pun kerabat boleh menjadi satu kesalahan besar, kerana menuduh tanpa bukti.
      -
      Adat Istiadat Pertabalan itu sendiri MAMPU MEMBUKTIKAN Si Azlan Shah tu memang WARIS yang SAH atau X, untuk menyambung TAKHTA KESULTANAN MELAYU PERAK. X kiralah, apa nama baginda semasa menjadi ra'ayat biasa dulu. Pertabalan disaksikan oleh ra'ayat jelata. Setelah diamati akan kelancaran Adat Istiadat Pertabalan Raja Azlan Shah (bapa) dan Raja Nazreen Shah (anak)..BENARLAH BERDAULAT Sultan serta anak baginda.
      -
      Cerita kononnya satu Misteri Sultan Azlan Shah, yang dikatakan "Sebenarnya" hanyalah Anak Angkat kpd DYMM Sultan Yusof Izzuddin Shah & Baginda sendiri X mengetahuinya, TELAH BERJAYA MENYELAMATKAN RAJA AZLAN SHAH (anak sebenar), dari kejahatan keDENGKian, sehingga Baginda BERJAYA menduduki Takhta & mewarisi kekayaan dgn Selamat & mangkat pun dengan selamat. Alhamdulillah.
      -
      Tuan Boleh Fahamkah sekarang ? Sila beri jawaban tuan. Wassalam

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, maaf jika saya mencelah dalam perbualan anda berdua, sebenarnye saye am at bersetuju degn ape yang diceritakan oleh mior jer,kerana APA yang diceritakan ITU merupakan hasil perbualan yang dirujuk dari jin kerajaan negeri Perak di Beting beras basah sebelom ini,Dan temubual terhadap kesemua ketujuh tujuh jin kerajaan bagaimana pertemuan ITU berlaku, ITU adalah urusan bagi ahli kerabatnye, Dan ITU bukanlah keperluan Tuan untuk mengetahui hal dibalik darah penaung bumi cempaka sari,
    Assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikum-salam, mencelah boleh, tapi kena tahu apa masaalahnya yang perlu diselesaikan dulu oleh perbualan kami berdua. Saya TAK PERNAH tanya apa urusan ahli kerabatnya, jin-jin tu semua saya tak ungkit !! Bila pulak saya tanya hal tu ? tuan Mior Izzat main sedap hati rasa KONONnya saya ada bertanya hal ahli kerabatnya kah ? pasal tu tuan ungkitkan ? Bila pulak saya bertanya hal tu ?. Tuan pun TAK PERLU pun mengungkin hal tu, tak perlu pun dlm perbualan kami berdua.
      -
      Yang penting: Memang Al-Marhum Raja Azlan Shah dan Raja Nazreen Shah adalah PEWARIS SAH (Darah daging sebenar DYMM Al Marhum Raja Yusof Izzuddin Shah) pewaris Kesultanan Melayu Perak. Adat Istiadat pertabalan Sultan yang berjalan LANCAR seperti sepatutnya telah memBUKTIkan kedudukan mereka berdua adalah PEWARIS SAH sekali gus MENAFIKAN bahawa Raja Azlan Shah adalah anak angkat Raja Yusof Izzuddin Shah
      -
      Saudara Mior Izzat Boleh Faham kah ?
      -
      Wassalam

      Delete
  8. Mungkin awak kurang faham dengan statement saye,aksud saye, ape yang di ceritakan oleh awak Tuan learnt adalah sama sekali bercanggah dengan APA yang di ceritan oleh jin kerajaan negeri Perak x perlulah dibangkitkan issue Tuan tidak bertanye tetang hal kerabat atau jin kerajaan, sedangkan kita bercakap tentang kerabat,jadi jika tidak kita bertamye pada mereka sendiri sebagai kerabat, siapa yang Tuan mahu tanye , atau sekadar khabar angin yang Tuan dengan Dan kumpulkan menjadi satu cerita, sedangkan maklumat yang kami dapat adalah basil Dari perkongsian Dari ahli kerabat negeri Perak sendiri, jadi sila jawab Dari mane Tuan dapat cerita tentang persembunyian identiti pewaris tahkhta ITU

    ReplyDelete
  9. skrg saya mahu tahu, tuan mndapat kan cerita persembunyian identiti pewaris takhta ini dari mne?? awak bsikap biadab dgn saya mcm awak knal dgn siapa awk berckap, konon nya daulat tuanku laa, mne adab awak?? mmg saya pun de biadap dgn awak, saya mngaku, tpi biadab saya tetap memohon maaf dgn adab, skrg awk bgi tau saya dri mne awk dpat kan sumber yg confident sgad tdi?? saya nk tau jgak?? awak yg bercerita lebih mcm pnah jumpa bsembang je dgn 7 jin kerajaan?? cite ckit??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak akan menceritakan Strategi-strategi & Do'a Raja-Raja Melayu di zaman mereka berkuasa Penuh,Takut nanti ada Jin & Manusia yang Dengki pada Nikmat-nikmat mereka yang mana Jin & Manusia Dengki ini akan terus merosakkan kehidupan Aman Manusiawi.
      -
      Macamana Raja-Raja Islam di Izinkan Allah, boleh menyembunyikan identiti Waris darah daging mereka dengan Selamat daripada mata-mata yang DENGKI dari Jin & Manusia adalah Satu Kemahiran hidup yang Tinggi, Cerita Kononnya "Anak Angkat" dan nama "orang biasa' yang didaftarkan secara Rasmi adalah salah satu taktik biasa sepertimana saya huraikan pada komen saya yang paling awal sebelum ini. Taktik ini telah membuatkan para Pedengki memalukan diri sendiri, Pedengki-pedengki Tak berjaya pun.
      -
      Saya lebih maklum tentang system Kerajaan Raja-Raja Melayu berKuasa Penuh & kesinambungannya seumpama Beraja DiHati BerSultan diMata..Tak mau saya kongsikan Ilmu termaklum kepada Tuan-tuan kerana cara tuan-tuan PERASAN amat merbahaya kepada Ummat.
      -
      Tuan-tuan yang sebenarnya percaya kepada Khabar Angin Rekaan hasil KEDENGKIAN kerabat diRaja yang Pendengki sepertiman saya telah huraikan pada awalnya, tak perlulah saya ulangi. Tuan juga percaya pada ilham Karut dari keDengkian Jin-Jin jahat yang menyamar sebagai Jin-Jin yg menaungi Kesultanan Melayu Perak semenjak awal ianya ditubuhkan. Yang jelasnya, Tuan-tuan sebenarnya TAK TAHU pun membezakan yang mana Jin Islam & yang mana Jin Kafir, Yang mana satu Cerita Benar atau Rekaan kerana Tuan-tuan semua TAK TAHU systemnya.
      -
      Senang sahaja nak faham, kalau benar raja Azlan Shah tu Anak Angkat, bukan darah daging DYMM Sultan Yusuf Izzuddin Shah seperti yang tuan-tuan perjuangkan di blog ini... Kenapa TIDAK ADA gangguan atau kegagalan semasa upacara pertabalan baginda berlangsung ? Kenapa ? Sila jawab ..Ramai orang menyaksikannnya, kenapa tidak ada gangguan atau kegagalan dalam upacara pertabalan Raja Nazreen Shah ? Kenapa, sila jawab ?
      -
      Sekian Wassalam

      Delete
    2. Sape kata takde gangguan? Ce semak balik. Azlan Dan family tak boleh tidur Kat Istana K Kangsar woo.Upacara Kat beting basah Tu pun bukan di tempatnya. Tempat lain woo. Ce cek

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Lepas fikir2 balik,terpaksa padam.
      Anggur untuk gajah tak boleh dituang dalam dada semut.

      Delete
  10. spe kta x ada?? awak tau ke ada gangguan ke x de?? awak ingat gangguan secara nyata dari mata kasar?? awak arif sgad kan?? awak jwap soalan saya, sepatut nya paluan nobat di mainkan sewaktu sultan nazrin shah msok balairongseri menuju ke singgahsana, kenapa paluan nobat dimainkan setelah sultan nazrin shah duduk?? tau pe akan jdi klau paluan nobat di mainkan sewaktu sultan nazrin shah berjalan menuju ke singgahsana??

    mcm nih laa ye, kte tgk brape lme sultan nazrin shah kesayangan awak tu bertakhta ye?? lpas tu kte tgk pe akan jdi?? skrg saya ckap pe pun x guna, sebab pndirian awk yg mnebal terhadap kepercayaan yg awak dgar dri mne saya tak tahu laa,

    awk bercerita lebih confident, saya x tahu laa pe kne mngena awk dgn hal nih, takpelah, nnti smpai mse nya awk sndiri bleh nmpak laa ye??

    klau saya bertekak pnjang dgn awak pun x guna. bnde yg awk x tau, mcm mne awk nk trima ye x?? xpe2, tros kan dgn kepercayaan awk, nnti kte tgk spe yg btol ye??

    trima ksih sbab sudi mlayan komen saya, saya mnta maaf di atas kebiadaban saya,

    sekian, assalamu'alaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Tuan meREKA-REKA sebenarnya, penuh dengan andaian tanpa asas, mengarut berterusan..kononnya arif sangat pasal pertabalan Raja-Raja Melayu dan DAULATnya. Tuan TAK Belajar pun displin ilmu Raja-Raja, maka 100% pasti tuan tak arif walaupun ada bau bacang dgn raja, tuan hanya cedok sana sikit, sini sikit, tak tahu puncanya, pastu gabungkan, sampai tak tahu nak bezakan yang betul dan yang bathil. ini semua pasal tuan tak ada displin ilmu Raja-Raja.
      -
      Sekarang, Cuba tuan cerita macamana kita nak buktikan Daulat yang ada pada Meor (Mior) pulak ? Kalau betul tuan faham akan Nenek-Moyang atau Order Lama, cuba ceritakan ?
      -
      Sebenarnya, sejarah telah membuktikan bahawa "Gangguan" yang menggagalkan kedudukan seorang yang bukan Raja dari menjadi Raja, TAK TUNGGU begitu lama sampai Raja beranak pinak & bercucu-cicit. "Gangguan" juga adalah NYATA, boleh diSaksikan oleh saksi-saksi bermata & bertelinga seperti manusia, atau ra'ayat jelata. Samada semasa pertabalan atau selepas pertabalan. Lebih-lebih lagi kalau paluan Nobat salah iringan yang disengajakan, lagi cepat & jelas "Gangguan"nya. Kalau tersalah palu/iring kerana tak tahu atau lupa, Tak apa, No problem.
      -
      Kenapa pulak saya kena tunggu "Nanti tengok siapa yang betul",? Kalau betul tuan tuduh Raja Azlan Shah & Raja Nazreen Shah bukan darah daging Al-Marhum DYMM Sultan Yusof Izzuddin Shah, kenapa pulak saya & ra'ayat jelata nak kena tunggu BEGITU LAMA untuk menyaksikan "gangguan" yang tuan cakap tu??? Kan, tuan yang cakap "gangguan" BUKAN NYATA di mata kasar..nampak sangat pendapat & andaian tuan TAK LOGIK yang amat.
      -
      Boleh Faham kah apa sebenarnya masaalah dengan pendapat-pendapat tuan sendiri ?
      -
      Lebih baik tuan tarik balik tuduhan tuan, dengan memohon maaf kepada Sultan, kalau tak mampu, taubat je, jangan diulang lagi, ditakuti nanti ditimpa Khifarat Allah yang mana ianya juga satu bentuk pengampunan dari Allah ketika mana tuan muhasabah diri sendiri nanti.
      -
      Sekian Wassalam.

      Delete
    3. mcm nih laa ye, saya x nk berdebat pe2 dh dgn awk, saya ye kan jelaa pe awk ckap ye?? apa anggapan awk terhadap saya, itu terpulang pada awk, knpe plak awk nk kne tunggu lme lgi ye?? sbab awak tau pe sebenar nya yg tgh kecoh di balik dinding istana SKRG!, sebab tu awk jgn terlalu yakin dengan pe yg awk cerita, sebab awk x pnah knal dgn spe awk bercerita sekrg, dan awk x pnah tau background saya, saya kluar kan fakta, awk blas dgn buah mulud yg awk dgar, ble nk abes??

      awk cari tau dulu pe yg saya mksud kan perkara kecoh di blk dinding istana, lpas tu awk tau laa saya nih bual kosong atau fakta, awk jgn jwap skrg, klau awak jwap skrg, mmg confirm awk kta saya berbual kosong, awk cari tau dulu pe yg saya mksud kan.

      saya kta gngguan bukan secara nyata dri mata kasar, awk faham x mksud saya?? secara "ghaib" skrg awk bgi tau saya, apa dia perkara ghaib yg logik?? mne de pkara ghaib yg logik?? sultan muzaffar shahI, sultan pertama perak yg mula membuat perjanjian dgn tujuh jin kerajaan di dasar laut beting beras basah selama 7 hari 7 mlam, logik ke tu?? x logik bkan?? itu laa nma nya perkara ghaib! yg wajib kte percaya! awk nih cerita lebat, x kan tu pun x bleh nk tngkap lgi?? letih laa saya nk mlayan sembang mcm nih..

      awk kta, awk x kan bgi tau strategi & doa raja2 melayu takut nnti de jin2 dan manusia yg bdengki?? skrg awk anggap saya di pihak bersalah bukan?? doa tu pe function utk umat islam?? bkan senjata umat islam ke?? klau kta saya dpat skali pun doa tu, klau saya nih bersalah, allah tu maha adil laa, Dia tau laa yg mne yg btol, yg mne slah, yg awk tkod knpe?? pe sbnar nya yg awk nk pusing kat saya??

      mcm nih laa ye, saya x larat laa nk terang perkara yg sme bkali2, smpai mse, perkara yg saya sroh awk cari tu akan selesai, dan mse tu saya nk tau smua sumber mne yg awk dpat, dan mse tu kte tgk spe yg btol, jgn mention lgi "nnti kte tgk siapa yg btol?" ckap skali sudah, saya faham, cukup laa awk tau blum smpai mse nya utk awk tau pe mksud saya.

      yeke saya mereka-reka??
      saya gabung cerita??
      x pe, nnti kte sedar laa, spe yg reka2 n gabung2 crite.
      sbar ckit je lgi ye??
      lpas tu kte tgk, mke spe yg malu.

      sekian, assalamu'alaikum

      Delete
    4. sbab awak x tau pe sebenar nya yg tgh kecoh di balik dinding istana SKRG!

      Delete
    5. Kecoh belakang istana skrg, KONON..jadi tuan duduk belakang Istana lah ?? KONONnya mereka kecoh, nampaknya tuan terus MeREKA-REKA tuduhan, menyebarkan cerita bohong, terus menghimpun Dosa jadi Dosa Besar, kerana buat tuduhan palsu..dalam Rumah tuan sendiri yang kecoh, tapi cakap kecoh belakang istana KONON..tuan-tuan lagi KECOH..mior je & mior izzat ialah orang yang sama..
      -
      Tuan belum jawab soalan saya tadi, ceritakan bagaimana kita boleh BUKTIkan Daulat yang ada pada Mior / Meor, kalau tuan memang arif bab Nenek moyang ?? kalau tak tahu, cakap je TAK TAHU..jangan pura-pura tahu..Masaalah utk tuan Mior juga nanti.
      -
      Lebih baik tuan tarik balik tuduhan tuan, dengan memohon maaf dari Sultan, kalau tak mampu, taubat je, jangan diulang lagi, ditakuti nanti ditimpa Bahaya Khifarat Allah yang mana ianya juga kesakitan yang merupakan satu bentuk pengampunan dari Allah, bawa-bawalah tuan muhasabah diri sendiri nanti. Jangan cakap tak ada orang bagi pesanan..ok ?
      -
      Sampai sekarang pun, Jin-jin tu TAK ganggu pun Sultan-Sultan tu semua, Raja Azlan dah selamat dikebumikan, Anaknya Raja Nazreen Shah telah Selamat naik Takhta. itulah BUKTI BerDAULAT mereka berdua sampai keanak cucu.. maknanya mereka memang SAH Darah Daging Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yg Pertama..Upacara pertabalan telah selamat dilangsungkan. Alhamdulillah. TAK FAHAM-FAHAM lagi kah ? Kenapa tuan SUSAH sangat nak faham tentang Daulat ??
      -
      Sekian Wassalam.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. haa.. yelah.. ambik laa mnang.. 2 org yg berbeza laa.. saya pnat laa nk mnjawap je.. awk btol.. saya slah.. tu yg awk nk bce kan.. aduhaii..
    trima ksih bnyak2 ye atas maklumat yg diberi.. btol smua tu.. x de yg slah..

    sekian, terima ksih.

    Assalamu'alaikum

    ReplyDelete
  13. Hahaha sembang cam tau byk je.. tgk jele nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prince Dracula pulak dah Mai...Pilih pangkat Prince la pulak . Perasan Putera la tu.. Kenapa tak pakai pangkat Mior jer ?

      Delete
  14. Bodo la mum ni.. kalu nk ltk nama raja pum .. sangkut ngn duit mum ke ?? .. ko tu xtau ape jgn sembang lebih .. la bla la.. angkt punggung jerlaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. dah jumpa..rupa-rupanya Dracula yang dihebohkan tu ada anak..Putera la konon...tanya diri sendiri, kou tu Anak Haram Jadah Dracula tu atau tidak ? kou dah tak cukup hisap Darah tetek bini kou sendiri, sekarang kou Iklankan pulak diri kou sendiri nak hisap Darah tetek bini-bini Bapak kou pulak.. Heh ???? Jawab la wahai Putera Dracula giler ???

      Delete
    3. buat apa bising bising, buat test DNA je le. Zaman moden ni pun nak pening pening,

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Sme ngn cite musang berjanggut jer..ke ade mkne p.ramlee wt cite tuh..hmm..

    ReplyDelete
  17. Hmm Learnt baik balik belajar berhujah dengan kepala normal..
    Tak mampu terima hujah orang,sampai nak keluar kata-kata kesat sebagai,terang lagi bersuluh,sifat orang berilmu ke,sifat orang bodoh?
    Hujah benang basah kau agak logik,betul..Tapi bila disulam dengan kelakuan kau yang macam tak khatam muqaddam ni,susah orang nak yakin..
    Ayam sekandang berlaga,kau itik reban sebelah takkan kau lagi tahu taji siapa lagi bisa,ayamlah lagi tahu...
    Kau itik urusan kau berenang,kaki pun berselaput,lagi nak campur ayam bersabung..
    By the way Learnt,ini nama kias sindiran,tahu?
    'Makanan' ruji orang Perak tulen dalam kehidupan seharian,lembut ada makna,menikam dalam manis senyum je..
    Kalau ini pun kau tak boleh hadam,
    jangan melampam di bawah jamban..
    Cakap tu bertabik-tabik sikit..
    Orang tak berakal aje bercakap sambil menyingsing lengan baju macam kau..

    ReplyDelete
  18. askum Tuan Tuan jgnlah menggunakan kata kata kesat tak elok tue...mmg sekarang kerajaan perak sedang hangat dibicarakan baik atasan atau bawahan biasa...dari segala apa cerita yg dikeluarkan ade yg betul dan ade yg tidak...saya tiada sbb untuk tulis panjang berjela...kita dah akhir zaman...yg haq akan naik insyaALLAH...Allah lebih mengetahuinya sbb yg akhir bukan sembarang calang calang org...akan disusun semuanya...kita tidak lama ja lagi akhir zaman telah terbit sedikit...jgn peningkan kepala dan bertelingkah...yg haq yg kuat segala seginya sahaja insyaallah akan dapat...berdoalah yg baik baik..sahaja untuk negeri perak dan negara msia...ini ja yg mampu saya katakan ingat Allah dan berjaga jagalah sentiasa semua...mudaham kita semua baik baik semuanya...insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ..sesungguhnya amat lah benar apa yg dikatayg haq akan naik..tpi dgn cara yg kita tak sangka...bkn menuntut hak sapa yg lebih berhak. tpi semata mata kerana allah dn umat nabi muhamad dr terus lalai memikirkan TAKHTA dr dulu hingga kini...marilah kita berdoa yg baik baik saja utk negeri perak ..kita ingat kita.. wassalam

      Delete
  19. sedih melihat semuanya...aku insan biasa hanya yg baik kupohon kpd Allah untuk semua Aamiin...

    ReplyDelete
  20. maafkan saya yea Tuan tuan semua...saya undur diri...ku undur diri sehalus halus baiknya...mudahan tuan tuan dilindungi Allah S.W.T Aamiin...

    ReplyDelete
  21. Baca alquran. Dan tadabbur... Itu yg plg haq...insyaallah. ..Fawaqoal haqqu was batholama kanu Ya,Malun.

    ReplyDelete
  22. sya ada sedikit kebolehan yg dikatakan indigo sya ada cite skit, saya tak pernah tahu sangat tentang kesultanan perak. tapi pertama kali saya ke kuala kangsar kami melawat di istana asal sultan perak lama. fikiran sya tiba2 distracted. dgan mata batin yg sya ada sya dapat komunikasi ghaib dgan penjaga tu. katanya dia seorang jin luluhur sultan perak yg menjaga kesultanan perak beratus tahun. sya tak tanya nama jin tu apa. dan sya berkomunikasi dgan baik xda masalah. sehingga lah sya baca blog ni. bru sya tau cite sebenar. tentang raja azlan sya xtau benar atau tidak. mungkin klau ke kuala kangsar sya bleh berkomunikasi dgan jin tu semula. secara batin sya telah lihat aura sultan nazrin perak beliau seorang yg baik. tapi apa yg pelik bila sya cuba utk kesan masa lalu beliau melalui bapaknya. sya sedar ada benda yg xkena seperti masa lalu bapaknya tu penuh dgan kegelapan dan kecalaruan. sya bukanla bomoh atau dukun. cuma sya boleh merasai melalui aura. dan sya dpat lihat ghaib itupun setengah makhkuk ghaib sya xdapat kesan juga. memang ada beberapa tempat raja2 di mlaysia ada penjaganya. so ati2 klau korang lawat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan boleh scan saya x..cuma nak tahu asal usul saya..sbb saya tgh keliru sbb siapa dan apa kena mngena saya dngan pusara kerabat diraja ditepi tasik raban lenggong perak..harap tuan dpt bntu saya

      Delete
  23. Untuk pengetahuan kalian...di Tronoh ramai pendekar dan seorang raja Perak asal duduk...Tetapi raja asal sudah pun meninggal..yang ada isteri dan anak cucu cicitnya shj...Pergilah ke sana..InsyaAllah jumpa...


    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,saya nak tanya kawasan Pundut kenapa dirahsiakan..

    ReplyDelete
  25. Boleh bagitahu macam mana anda tahu

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Sbb ingin tahu la.. Mana tau.. Ada yg tau..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum, penjejak raja boleh anda bagitahu saya bagaimana anda thu ada raja asl di tronoh. Saya ingin thu

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum,sy ni keturunan Pundut, sbb tu ingin tahu.. Dah hantar pun kat Pejabat Istana Negeri,tp sampai skrg duk sepi..dngr cerita adik bradik smua tak setuju.. Makan harta anak yatim boleh pula.. Islam atas nama.. Jangan sampai suatu masa, harta tak brguna lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumnsalam wbt..boleh tahu tak knp adik beradik tak setuju...? ..mkn harta anak yatim��..ishh...ishhh..manusia

      Delete
    2. Pundut ni bpknya Ku.lop..ku.lop ni kawin kerabat N9 namanya itam..Nama Pundut ni mashyur kat setiawan..tp ada tangan2x ghaib abih harta dia kena makan2x dek atas dasar sesama muslim yg nama je atas nama islam..

      Delete
  30. Assalamualaikum . Smpainya sya di sini kerana telah war war tentang pewaris@sbgainya. Tetapi ada kaitan dgn raja n.perak . Jadi saya masih mencari jawapan tersebut sampailah saya kesini . Adalah cerita yg di ceritakan di atas adalah benar atau salah?

    ReplyDelete
  31. sy cicit raja yussof, mmg raja yussof takde anak lelaki, yg ade hanyalah anak perempuan sorg, iaitu raja alawiyah bt raja yussof

    ReplyDelete
  32. Saya cicit kepada Raja Sulaiman...beliau Raja Di hilir Perak adinda kepada Raja Mohamed Kulup bergelar Sultan Yusof Sharifuddin@ Sultan Lup Yusof...Raja Sulaiman Ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 Ibni Paduka Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Ahamaddin Ibni Sultan Muhammad...adalah cucu kepada Raja Ahmad Tahjuddin(Sultan Mansor Shah 2)Ibni Sultan Mansor Shah 1 Ibni Raja Muda (Sultan Muzaffar Shah) Ibni Sultan Mahmud ( Onang Kening Ibnu Raja Mansor@Sultan Ku Omar...Sultan Muhammad 1...Nama bonda Sultan Muzaffar Shah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya boleh Pundut ni anak ku.lop bin kechil..namanya tersohor di Setiawan..kalo diikutkan cerita Pundut ni org paling kaya diHilir Perak sampaikan hartanya Pulau 9..namanya ada setiap pekan Setiawan jln ke parit tp diubah oleh tangan2x ghaib..

      Delete
  33. Assalamualaikum.. apa yg diceritakan.. dengan yang jadi sekarang mungkin berkait.. sekarang ritual katanya dibuat di beting beras basah telah dihapuskan kerana dikatakan mengundang kepada syirik.. Wallahualam

    ReplyDelete